24 October 2012

Aidiladha Kembali Lagi

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hi peeps!!!
Morning guys...

Dah mula bercuti ker?
Cuti apa???
Haiyayayaya...cuti nak raya aidiladha la syayangggg....

Hmm...korang tau tak kisah atau sirah disebalik hari raya korban ini?
Meh saya story morry skit. Kira flash bach and refresh balik pembelajaran kita sewaktu bersekolah ugama dulu. 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. 

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
 
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Takbir raya korban juga akan kedengaran selama 4 hari. Untuk pengetahuan u ols, daging korban adalah diharamkan kepada mereka yang bukan Islam. 

Umat Islam juga digalakkan membuat korban selama 7 kali (jika ikut bahagian/tompok) yang bersamaan dengan 1 ekor lembu.

Syukur, Alhamdulillah, untuk raya aidiladha kali ini, masuklah kali kedua saya melakukan korban ke atas diri saya. Pertama kali sewaktu saya berusia 25 tahun dan kali ini, 27 tahun. Tapi yang bezanya kali ini, saya tidak buat disini, saya melakukan korban di Kemboja. 

Oklah, sampai takat ni dulu kot no entry saya.
Jumpa di next entry yang belum tentu bila akan di taip. Semua yang telah disave as draft telahpun dipublish kan. huahuahua...

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan saya sepanjang tempoh perkenalan di alam maya ini mahupun di alam realiti.

Ihsan Pokcik Google

Wallahualam...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: