24 October 2012

Aidiladha Kembali Lagi

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hi peeps!!!
Morning guys...

Dah mula bercuti ker?
Cuti apa???
Haiyayayaya...cuti nak raya aidiladha la syayangggg....

Hmm...korang tau tak kisah atau sirah disebalik hari raya korban ini?
Meh saya story morry skit. Kira flash bach and refresh balik pembelajaran kita sewaktu bersekolah ugama dulu. 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. 

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
 
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Takbir raya korban juga akan kedengaran selama 4 hari. Untuk pengetahuan u ols, daging korban adalah diharamkan kepada mereka yang bukan Islam. 

Umat Islam juga digalakkan membuat korban selama 7 kali (jika ikut bahagian/tompok) yang bersamaan dengan 1 ekor lembu.

Syukur, Alhamdulillah, untuk raya aidiladha kali ini, masuklah kali kedua saya melakukan korban ke atas diri saya. Pertama kali sewaktu saya berusia 25 tahun dan kali ini, 27 tahun. Tapi yang bezanya kali ini, saya tidak buat disini, saya melakukan korban di Kemboja. 

Oklah, sampai takat ni dulu kot no entry saya.
Jumpa di next entry yang belum tentu bila akan di taip. Semua yang telah disave as draft telahpun dipublish kan. huahuahua...

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan di atas segala kekhilafan saya sepanjang tempoh perkenalan di alam maya ini mahupun di alam realiti.

Ihsan Pokcik Google

Wallahualam...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

22 October 2012

Tiada duka Yang Abadi

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

    

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan
cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali


Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali


Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

1. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

2. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.


4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.


5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.


6. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.


7. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.


9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.


10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

19 October 2012

Khas Buat Kaum Hawa

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata

Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah

Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu

Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu

Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


~ xoxo ~
Fath_Niesa

Masjid Abdullah Fahim

BY Fath_n!e$@ IN No comments


Marilah kita sama-sama mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

Tersergam indah rumah Allah. Masjid ini telah pun dirasmikan pada 12/10/2012, Jumaat yang lalu dan untuk pertama kalinya solat Jumaat disembahyangkan di situ. Alhamdulillah.


Semoga kita semua (especially penduduk Bertam) mengimarahkan rumah Allah ini.


Amin...


(Gambar: Ehsan dari Eimanaliff)



Gambar ini di ambil sewaktu di Masjid Jamek Kuching
Masjid Abdullah Fahim





18 October 2012

Travelog ~ Ariva Kuching Serviced Apartment

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hello peeps!!

Haa! kali ini saya nak berkongsi tentang tempat penginapan saya sewaktu di Kuching last month. FYI, saya booking apartment ini 3 minggu sebelum berlepas. Syukur Alhamdullillah masih ada kekosongan.

Mulanya saya tercari-cari apartment or hotel or homestay yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuching. Hal ini adalah bagi memudahkan pergerakkan dan mencari kedai-kedai makan. Dan most important sesuai dengan ahli rombongan yang datang secara keluarga. Murah! Selesa! All in 1. So..... tempat yang paling sesuai dengan criteria yang saya cari adalah ARIVA GATEWAY @ Ariva Apartment Services. Harga per night RM2++ (for government rate). Normal price around RM 3++. 

Entrance ~ Welcome to ARIVA KUCHING SERVICED APARTMENT
Interior Design
Vavavavava!!! Very nice looo...Dengan harga yang murah, selesa sangat. Dengan 2 bilik (1 masterbed - King size, 1queen size) sangat-sangat berbaloi. Ruang tamu yang sangat luas dan dining room membuakan saya seperti berada di rumah sendiri. Alangkah indahnya dan best nya jika saya ada sebuah apartment seperti ini.


Cer tengok gambar-gambar tu. Siap daput leh masak g. Ada fridge, microwave, dan cattle. Set pinggan mangkuk segala bagai.


FYI, Ariva juga menyediakan set washer machine plus "oven baju". Ngeh3x. Kalau tau, baju tak yah bawa smpai 6 hari...kehkehkeh. Kitaorang siap beli sabun basuh baju yang kecik dan membasuh bagi 4 hari berturut-turut. TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!

So...so....so.... Bagi yang berfamily, di sinilah penginapan anda yang murah, selesa dan sesuai. Save budget wey...Include breakfast :)

Sangat-sangat recommended...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Travelog ~ Others (Final)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

My Memories ~ Kembali untuk kali duanya

Having dinner at Top Restaurant, Kuching
Our menu for dinner
Shopping time....:)
View from Ariva
Art - Interior Designing
Seberang sungai sarawak
Food Court
My outfit by Aidijuma ~ shawl

~ xoxo ~
Fath_Niesa



17 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol.VIII)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Hari ke-5, 17hb September ~ Isnin

Hari ini adalah hari shopping. Pengangkutan untuk hari ini memang tidak diambil sama sekali. Ini kerana, hari Isnin adalah hari shopping dan jalan-jalan di sekitar Waterfront.

Dan dengan itu, perjalanan dan activity kami sekeluarga hanya bermula pada jam 9.30 pagi. 

Isnin tak banyak kereta...Kenapa? Kan hari bekerja...lalalala. :) So, xtvt shopping bermula sehingga tengahari. Setelah penat berjalan-jalan, kami singgah dan rehat di hadapan waterfront.

Kakak Tisya tekun belajar walaupun sekejap berhenti rehat

Setelah penat berjalan-jalan sekitar waterfront dan membeli apa yang patut dan perlu dibeli, kami pulang ke apartment. Sebelum itu, singgah dahulu bungkus nasi untuk lunch.

Pada sebelah malamnya, sesi mengemas dan memacking bagasi. Hopefully celuih la semuanya. Dan yang penting tidak lebih muatan sebanyak 90kg.
________________________________________________________________

 Hari ke-5, 17hb September ~ Isnin

Hah!!! Balik time..... Flight kami dari Kuching akan berlepas pada 9.30 pagi. Jam 8.00pagi kami telah ready di lobby menunggu transport. 

Memandangkan saya telah pun check-in sebelum datang ke Kuching, so proses dan procedure tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Cuma perlu line-up untuk check-in luggage. Syukur tak over limit. Dan pandai lak tu budget berat dia... :) ngam3x 90kg

Bagasi beranak pinak
Kami mendarat di PIA pada jam 11.30pg. Cuma menunggu luggage sangat la lamanya. So pihak AA, lepas ni tolong-tolong lah percepatkan pemunggahan luggage k. Tak larat nak tunggu. :) #customer always right...huahua#



Kasihan pada my bonda, pada hari terakhir beliau kurang sihat. Alhamdulillah, sekarang dh recover. Tengok, senyum pun dah tak larat.

My alongs yang datang jemput kitaorang di PIA. Dan alongs terus membawa kami semua ke kedai makan (kat pala bataih gak..senang dekat dgn rumah) untuk lunch. Lapar wey!!!

So............
So....................so.................
So..........................so...........................So.....

Sampai di sini dahulu entry travelog saya. Percutian ke Kuching. InshaAllah, saya sudah puas menjejakkan kaki ke Kuching. 6 hari sangat bermakna, dan banyak kenangan yang tersimpan dan terpahat di Kuching. Kenangan lalu, dan kenangan sekarang. Kuching meninggalkan 1001 kenangan yang indah.

Jangan merasakan pergi melancong itu satu kerugian. Ia amatlah bermakna bila mana kita dapat melihat life-sytle sesebuah etnik mahupun negeri. Jauh perjalanan, luas permandangan.

Doakan saya semoga suatu hari nanti, saya juga dijemput untuk menjadi tetamu DIA. Siapa yang tak nak. Tipulah kalau ada yang tak nak ke Mekah. Semuanya urusan DIA. Perancangan Allah itu hebat dan terbaik buat hambaNya.

Jumpa di lain destinasi.

~ xoxo ~
Fath_Niesa 

16 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol. VII)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments


Hari ke-Empat, 16hb September 2012 ~ Ahad

Agenda di hari yang ke-empat adalah menuju ke Botanical Research Centre Semanggoh. Untuk sampai ke sana, ianya mengambil masa 30-45 minit bergantung pada keadaan traffic. 

Seperti hari sebelumnya, perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi. Hal ini kerana, kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk melihat dengan lebih dekat feeding time Orang-orang Utan yang terdapat di Semanggoh ini.

Kunjungan kami telah disambut oleh 2 ekor Orang Utan dimana belum pun sempat menyusuri habitat mereka, 2 ekor ibu Orang Utan terlebih dahulu menunggu kami. 

Di Semanggoh ini, kesemua Orang Utan dilepaskan secara bebas. Kerana itulah habibat mereka. Oleh itu, pengunjung haruslah mengikut setiap rules and regulations yang terdapat di sini. Antaranya tidak boleh membuat bising, kerana Orang Utan sensitif  akan bunyi-bunyian. Selain itu, bungkusan makanan dan minuman haruslah disimpan di dalam beg atau diletakkan ditempat yang telah dikhaskan.      
           
  
Kami berada si sana hampir 2 jam. Dengan keindahan flora dan fauna ianya sangat menenangkan. Selain Orang Utan, mini zoo juga ada disini. Antara haiwan-haiwan yang terdapat di sini adalah bujang senang (buaya), angsa dan ular.  
Selain Botanical Semanggoh ini, terdapat juga kolam air panas yang terletak di kawasan ini. Tetapi mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sana (tak pegi pun) dan juga Rumah Panjang Aris (kalau tak salah saya)

Selepas Semanggoh, kami meneruskan perjalanan ke Batu 7 (atau 3) untuk melihat pembuatan pasu Sarawak. Terletak tidak berapa jauh dari Semanggoh. Di situ menjualkan pelbagai jenis dan bentuk pasu. 

Buat pertama kalinya kami singgah di masjid yang terletak di Kampung Melayu untuk solat Zuhur (dh tak leh jamak). 

Selesai solat, kami terus menuju ke Pasar Satok kembali untuk membeli ikan terubung masin. Murah-murah. proses tawar menawar pun bermula lagi. Menjadi pilihan bonda dan kakak pastinya ikan tempatan. Kebanyakan ikan terubuk yang dijual disini import-import belaka. 

 
Selesai memborong ikan terubuk masin, kami dibawa ke Waterfront. Hah!!! Terpaksa berjalan kaki kerana jalan utama ditutup. Ini kerana ada aktiviti tahunan negeri iaitu Regatta 2012 di Waterfront. 

Pastinya yang paling seronok shopping adalah bonda dan sister saya. Memang sakan ler mereka memborong. Dengan kain-kain yang cantik dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan, takkan korang tunggu tengok saja, betul tak? Masing-masing 2 3 pasang ok!!! Untuk makan tengahari, kami makan di kedai yang terdapat di situ. Sangat ramai, tapi terpaksa redah juga. Kesian akan anak-anak buah terchinta. Mujurlah mereka tidak membuat perangai. Apa lagi, achik nyer jugak ler yang jadi babysitter sementara kaum-kaum ibu menyopping sakan.


Hampir petang, sebelum pulang ke apartment, kami dibawa oleh En.Rahim singgah di Taman Sahabat. Taman ini merupakan kawasan perumahan yang dikelilingi oleh taman rekreasi dan sesuai untuk beriadah. Konsep mesra alam gitu. 

Di sini ada terletak tunggu Panglima Laksamana Ching Ho (sila semak buku sejarah k!!!). So, u ols layankan ajer gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang keberadaan saya sekeluarga di Taman Sahabat.



 

Pemandangan dari Ariva Apartment Services.

Syukur, Alhamdulillah sempat tiba dibilik sebelum hujan yang sangat lebat membasahi bumi Sarawak.

Ok, sampai disini dahulu travelog saya bagi hari ke-empat keberadaan saya di Kuching.

~ xoxo ~
Fath_Niesa











15 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol.V)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Ni pulak gambar-gambar untuk hari kedua....


~ xoxo ~
Fath_Niesa