02 September 2012

Family Gathering 2012~ Vol.II

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Sambungan dari Vol.I

Saya hampir-hampir terlupa ingin memberitahun bahawa group mukabuku bagi kaum kerabat saya adalah "Crews of Haji Ahmad & Hajjah Nuriah". Sebenarnya group ini adalah dari cetusan idea abang ipar saya yang mana saya yang menjadi admin pertama bagi group tersebut. Hampir 2 tahun penubuhan (kekunun) group tersebut, sekarang ini, semua ahli keluarga mempunyai wakil dalam group tersebut. Alhamdulillah. Semua gambar-gambar berkaitan dengan keluarga akan dimuat turun hanya di dalam group tersebut.

Jika diikutkan tentatif program, aktiviti sukaneka bermula pada jam 3 petang. Tetapi memandangkan penginapan settle lewat (kerana pekerja untuk kerja pembersihan bilik hanya 2 orang), maka sukaneka diinjak ke jam 5.00ptg selepas solat asar. Saya seperti biasa menjadi orang yang paling sibuk untuk program ini. Dengan mengarahkan beberapa orang sepupu untuk tolong membantu menjayakan sukaneka ini, komitmen mereka sangat membantu. Alhamdulillah, mana yang berada di dalam kolam, dengan basah-basah, turut serta dalam sukaneka ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang banyak memberi kerjasama sepanjang sukaneka berlaku.

Banyak aksi-aksi spontan dari mak dan bapa saudara, sepupu, sepapat, anak-anak buah yang dipamerkan. huahuahua. Ada 7 game yang dipertandingkan. Bagi kategori kanak-kanak, membawa bola ping pong dalam sudu, cari gula-gula dalam tepung dan isi air dalam botol. Bagi kategori belia, lari dalam guni dan baling belon berair. Manakala bagi kategori veteran/family, boling nyiok dan ikat kaki berpasangan.

Acara sukaneka berakhir pada jam 6.30 petang. Jika diikutkan sesi bergambar selepas acara sukaneka. Tetapi memandangkan timing sudah lari, sesi bergambar akan ditunda keesokkan harinya, sebelum makan tengahari.

Semua ahli keluarga adalah diingatkan bahawa, pada 7.30 semua diminta berkumpul di surau untuk solat maghrib dan isya' secara berjemaah. Selesai solat maghrib, ada bacaan yaasiin untuk arwah tok dan wan. Sementara menunggu azan isya' ada ucapan dari anak sulung arwah tok dan wan, iaitu Long. Selain Long, Pak Ndak, Pak Njang, dan Pak Cik turut memberi ucapan.

Selesai majlis ilmu, makan malam, BBQ bermula sebaik selesai solat berjemaah. Masing-masing ada peranan mereka. Ada yang tolong nyalakan api, menghidang dan bermacam-macam lagi. Yang paling seronok tentulah anak-anak kecil. Orang kata, hari kebebasan sedunia mereka. Berlari sana sini sambil dikawal oleh sepupu saya. Sambil Makan-makan, ada tayangan video disediakan. Bermula dengan tayangan video yang dirakam oleh kakak saya sewaktu ketibaan semua ahli keluarga, sehinggalah ke sukaneka. Selepas itu, tayangan slide yang disediakan oleh saya. Seterusnya tayanga muvi cerita Mail Lambung.

Acara BBQ berakhir sehingga jam 3 pagi.

Okaylah, sampai disini dahulu untuk entry kali ini. Nantikan entry bagi hari kedua. InshaAllah

Wallahualam

~ xoxo ~
Fath_Niesa




Reactions:

0 comments: