24 September 2012

Aku ada DIA

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang kerdil lagi hina ini. Semoga aku tabah mengharungi hari-hari mendatang Ya Allah.

ENGKAU sentiasa bersamaku. Dalam suka mahupun duka. Cukuplah untuk kali ini aku merasai kesakitan ini. Tiada lagi kesakitan mencintai insan di dalam diam. Ketenangan yang aku rasai semenjak Ramadhan lalu, membuatkan aku lebih tabah dan kuat. Engkau makbulkan doa-doa harianku untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Untuk kedua kalinya kesakitan itu dirasai. Terima kasih Allah. Engkau membuatkan aku semakin dekat denganMu. Dan tanpa seinci pun Engkau meninggalkan aku. 

"Mulanya Allah menemukan aku dengan orang yang salah sebelum DIA menemukan seseorang yang betul-betul ikhlas menerima kekurangan dalam diri ini..."

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita berdoa mahukan kekayaan di dalam kehidupan kita, tetapi tidak dimakbulkan Allah. DIA berikan kebahagiaan kepada kita, kerana DIA tahu, bukanlah kekayaan yang sebenar yang kita cari, tetapi kita memerlukan kebahagiaan di dalam kehidupan kita. 

Begitu juga dengan jodoh. Jodoh itu rahsia Allah. Jangan pernah putus berdoa kepadaNya semoga diberikan jodoh yang terbaik buat kita. Mencintai dan dicintai seseorang itu, bukanlah tiket bahawa dia jodoh buat kita. Walaupun begitu, jangan pernah untuk berdoa untuk mereka yang pernah menyentuh hati kita juga. Doa untuk kebahagian mereka dan semoga mereka turut menemui seseorang yang benar-benar ikhlas terhadap mereka. Amin

Syukur, Alhamdulillah. Mereka yang pernah membuatkan jantung saya berdegup kencang telah berjumpa dengan seseorang. Semoga kebahagiaan terus menyinari mereka. Amin. Ya Allah, Engkau satukanlah mereka-mereka ini. Kebahagiaan mereka, juga kebahagiaanku. 

Aku? Masih mencari kebahagiaan diri sendiri. Apa yang membahagiakan aku disaat dan ketika ini adalah sentiasa bersama DIA untuk selamanya. Semoga aku terus diberikan hidayah olehNya, terus beristiqamah dan tetap beristiqamah. Amin....

Wallahualam.

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: