30 September 2012

Words

BY Fath_n!e$@ No comments



Memory

BY Fath_n!e$@ No comments





Manusia ~ ALLAH

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hati kita

BY Fath_n!e$@ No comments

Kita Dan Awak

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Budget 2013

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Alhamdulillah, syukur, belanjawan 2013 telah pun selesai dibentangkan oleh PM kita pada Jumaat yang lalu. Walaupun saya bukan penjawat awam, tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya juga akan terasa dan merasai tempiasnya.

Semua info yang berada dalam entry saya kali ini, kalian bolehlah menyemaknya di sini : budget 2013

  • Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
  • Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
  • Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion

Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia

  • Pendapatan per kapita negara : RM31,000
  • Rizab antarabangsa :  RM432.2 bilion.
  • Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
  • Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
  • Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
  • Defisit kerajaan 2012 : 4.5%

Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. (Semak butiran lengkap di sini : Rebat RM200 Telefon Pintar)
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000. (Semak butiran lengkap : Bantuan BR1M 2.0)
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan. (Semak butiran lengkap : Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah)
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. (Semak butiran lengkap di sini : Baucer Buku RM250)
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam  (Semak butiran lengkap : Bonus Sebulan Setengah)

Rapuh

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

 

Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan ‘tuk kesekian kali
Tuhan kumohon jangan lakukan itu


Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak s’lalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap


Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya


~ xoxo ~
Fath_Niesa

26 September 2012

Enough!!!

BY Fath_n!e$@ IN , 2 comments

Tetiba nak letakkan gambar ini. TQVM pada pakcik G kerana atas keihsanan anda.
Seriously, saya tak boleh nak apply "forgive and forget".
What you give, you get back.
Ya Allah...
Untuk memaafkan boleh, tp utk melupakan tidak.
Aku seorang yang lemah Ya Allah...
Sejujurnya, saya dah tak boleh nak tengok muka orang yang hipokrit itu. 
Dalam diam, dia tikam dari belakang.
Terima kasih...
Semoga dia akan menyedari perlakuaanya.
Saya dah malas nak ambik port pasal dia.
Ada saja yang tidak kena di mata dia 
kerana bila merasakan diri lebih hebat dari orang lain, dia naik tocang.
Sudah cukup sudah.
No more after this.
hopefully, this entry menjadi yang terakhir untuk sy luahkan mengenai sikap seseorang, dua orang, mahupun tiga empat orang.
tsk!!! tsk!!! tsk!!!
Maaf jika saya dah tak boleh nak cooperate sekali.
Hny hal-hal penting shj akan direfer pdnya.
Menjauhkan diri adalah lebih baik.
And silent is the best way.
Kurangkan dosa, tingkatkan pahala.
Wallahualam...
~xoxo~
Fath_Niesa






25 September 2012

Alhamdulillah....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

What you give, you get back...!!!
Remember FKZ!!!

Bumi ni sentiasa berputar. Dan tidak akan adalah kata-kata seperti hukum karma. Kalau kita buat kat orang, pasti orang akan buat pada diri kita. 

Berdiam diri bukan bermakna kita salah. Dan bersuara bukan bererti kita benar. Just silent... That's the best way should be taken by me. Adalah lebih baik berdiam diri untuk kebaikan masing-masing. Agar tidak terdorong ke arah penambahan dosa masing-masing.

Inilah kehidupan. Dikala orang lain terus mendaki puncak kejayaan, pasti ada yang tidak menyenanginya. Cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kelebihan orang lain. Kenapa sikap begitu perlu ada dalam diri kita? Sepatutnya, kita perlu jadikan ianya sebagai 1 motivasi pada diri kita untuk terus memajukan diri kita. Berkongsi kejayaan bersama. Jika orang lain boleh, kenapa tidak kita? Kenapa perlu ada sikap dengki-mendengki?  

Ya Allah, Engkau jauhkanlah sifat-sifat ini dari diri ini....

24 September 2012

Aku ada DIA

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang kerdil lagi hina ini. Semoga aku tabah mengharungi hari-hari mendatang Ya Allah.

ENGKAU sentiasa bersamaku. Dalam suka mahupun duka. Cukuplah untuk kali ini aku merasai kesakitan ini. Tiada lagi kesakitan mencintai insan di dalam diam. Ketenangan yang aku rasai semenjak Ramadhan lalu, membuatkan aku lebih tabah dan kuat. Engkau makbulkan doa-doa harianku untuk menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. Untuk kedua kalinya kesakitan itu dirasai. Terima kasih Allah. Engkau membuatkan aku semakin dekat denganMu. Dan tanpa seinci pun Engkau meninggalkan aku. 

"Mulanya Allah menemukan aku dengan orang yang salah sebelum DIA menemukan seseorang yang betul-betul ikhlas menerima kekurangan dalam diri ini..."

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita berdoa mahukan kekayaan di dalam kehidupan kita, tetapi tidak dimakbulkan Allah. DIA berikan kebahagiaan kepada kita, kerana DIA tahu, bukanlah kekayaan yang sebenar yang kita cari, tetapi kita memerlukan kebahagiaan di dalam kehidupan kita. 

Begitu juga dengan jodoh. Jodoh itu rahsia Allah. Jangan pernah putus berdoa kepadaNya semoga diberikan jodoh yang terbaik buat kita. Mencintai dan dicintai seseorang itu, bukanlah tiket bahawa dia jodoh buat kita. Walaupun begitu, jangan pernah untuk berdoa untuk mereka yang pernah menyentuh hati kita juga. Doa untuk kebahagian mereka dan semoga mereka turut menemui seseorang yang benar-benar ikhlas terhadap mereka. Amin

Syukur, Alhamdulillah. Mereka yang pernah membuatkan jantung saya berdegup kencang telah berjumpa dengan seseorang. Semoga kebahagiaan terus menyinari mereka. Amin. Ya Allah, Engkau satukanlah mereka-mereka ini. Kebahagiaan mereka, juga kebahagiaanku. 

Aku? Masih mencari kebahagiaan diri sendiri. Apa yang membahagiakan aku disaat dan ketika ini adalah sentiasa bersama DIA untuk selamanya. Semoga aku terus diberikan hidayah olehNya, terus beristiqamah dan tetap beristiqamah. Amin....

Wallahualam.

~ xoxo ~
Fath_Niesa

22 September 2012

IFTAR 2012

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Seperti biasa majlis berbuka puasa bersama teman-teman sekolah dijalankan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Tetapi kali ini, diawalkan memandangkan tiada cuti lagidan hari yang bersesuaian. Jadi majlis IFTAR diadakan pada 15Ramadhan 1433H.

Jom layan gambar k.











Family Gathering 2012 - Vol.V

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Fuh!! Fuh!! Tiup habuk sikit.
Malam ni nak lunaskan hutang yang masih berbaki bagi family day raya 2012 last month.
Malam ni, saya sambung untuk hari kedua family day.

Ikutkan program, ada solat subuh berjemaah. Tetapi kebanyakkan mereka semuanya lena lewat,subuh berjemaah haruihhhh. Buat dibilik masing-masing. Saya selesai menjalankan kewajipan padaNya, terus bersiap-siap ke lobby open, untuk menjengah keadaan stok-stok makanan. Tanpa membuang masa, sy bersama sepupu mengemas dan mengutip semua sampah-sampah dan membasuh barang-barang yang boleh dibasuh.

Disamping itu, saya menyediakan breakfast dengan membancuh kopi dan teh sementara yang lain-lain bangun. Breakfast pagi tersebut juga telah ditempah dari catering. Tetapi sementar menunggu catering, saya menyediakan apa yang boleh dahulu.

Agenda untuk second day, adalah aktiviti bebas dan sesi bergambar. So, aktiviti bermandi manda adalah menjadi keutamaan pada semua. Lunch bermula jam 11.30. Sementara menunggu catering tiba, saya mengambil gambar keluarga semua orang.

Dan majlis selesai pada jam 1.00 ptg. Syukur Alhamdulillah, cuaca sepanjang xtvt dijalankan sangat baik. Sehinggalah tiba jam 12.30 tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Dan kami semua bersurai pada jam 2.00pm.

Ok lah, u ols enjoys picture family saya ok. Sebelum itu, maafkan atas kelewatan entry ini.



~ xoxo ~
Fath_Niesa