27 August 2012

Takziah

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Innalillahiwainnailahiroji'un...
Semoga Allah menempatkan arwah suami Ily Zafira dan ayahanda Aqma dikalangan orang-orang yang beriman.

Pagi ini, saya dikejutkan dengan berita kematian suami kepada rakan sekelas saya iaitu Ily Zafira. Dari apa yang saya tahu dari kawan2, arwah menghembuskan nafaz terakhir ditempat kejadian selepas moto yang dinaiki terlanggar lori rosak dan beliau telah tercampak. 

Saya sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Baru semalam saya terbaca dan terlihat status dan gambar mereka sewaktu hari raya dan last status di FB, mereka sama-sama shopping barang dapur. Jika saya berada di tempat dia, saya tak tahu apa yang saya harus lakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betul, kita kena redha dengan pemergian orang yang kita sayang, tetapi untuk seketika dan sedetik awal tu, pasti agak susah untuk menerimanya. Kita akan terfikir-fikirkan setiap detik yang dilalui bersama.  

Hanya yang mampu saya lakukan adalah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan berdoa agar Ily kuat dan demi anaknya Adeeb untuk menempuh hari-hari mendatang. Ujian ini terlalu berat untuk dia hadapi, tapi saya tahu, Ily sangat kuat. Semoga arwah tenang  di sana. Salam takziah buat Ily dan keluarga.

Pada Aqma, slm takziah juga atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin.

Kenangan gambar yang berada dalam simpanan saya sewaktu attend wedding diorang...


 

 

Reactions:

0 comments: