24 August 2012

Persiapan Raya #Vol.I

BY Fath_n!e$@ No comments

----->Recall Back <------

Seperti biasa, selepas sahur aku akan tidak kembali ke tempat beradu ku. Mood raya dah sampai, tambahan hari ni adalah last day berpuasa, dan hari ni jugak lah aku bersama bonda n sis kena all out settlekan segala macam hal.

Kalini, aku bersama sis, keluar ke pasar awal dari biasa. Sebelum itu, aku terlebih dahulu baked cake gula hangus. Cadangannya harini nak buat 2 biji kek, so, nak tak nak, kena baked dahulu 1 biji kek. Tak nak berlaku penggunaan elektrik secara maksimum. Dan disebabkan itulah, seusai bersahur, aku terus menyediakan bahan2 untuk kek gula hangus ku. Selepas adunan siap dimasukkan ke dalam oven, aku pun selesaikan kewajipan kepada Ilahi. Planning awalnya nak keluar rumah jam 7 pagi. Tetapi memandangkan kek aku belum lagi masak betul-betul, makna kata, aku kena tunggu dahulu. Selesai solat dan sambil menunggu kek masak, aku pun memulakan kerja-kerja mengemas apa yang patut. 

Dalam jam 7.50 pgi, aku bersama sis bergerak keluar dari rumah. Tidak terus ke pasar besar, kami singgah dahulu di kedai che abang yang terletak di pekan kepala batas. Fuhhhh!!!! JEM... Aku minta akak ku untuk short-cut masuk ke tapak pasar malam. So, kami berjalan kaki dari situ. Sampai didepan kedai, penuh dengan manusia dah berbaris panjang didepan kedai. Aku separate dengan kak ngah. Dia tunggu untuk beli limpa, kelempung dan hati. Aku pulak, berbaris untuk beli ayam dan bahan-bahan lain. 2 jam kami di situ, kami meneruskan perjalanan pasar besar.

Di sana, kami mencari santan, otak, dan barang2 keperluan yang lain. Alhamdulillah, semuanya barang yang di cari ada.

Non-stop dari pagi, sehinggalah berlanjutan ke jam 3 petang. Best raya kalini, kerana kak ngah raya sebelah penang. Yeay!!! dan rumah aku dah seperti macam rumah orang nk kenduri kawin. Kenapa? Sebabnya aku sibuk handle family gathering yang akan diadakan pada raya ke-3 dan ke-4. So, banyak ler polistrin segala dirumah tu. Dengan sourvier lagi.

Okaylah, sampai takat ni dulu kot untuk entry ni.
Next entry, crita time raya plak noooo....

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa 

Reactions:

0 comments: