31 August 2012

Family Gathering 2012 ~ Vol.I

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahiraahmanirrahim....

Memandangkan semua softcopy gambar-gambar saya tertinggal di desktop ofis, so u ols layan jer crita saya ni dulu k? Next Monday baru saya berpeluang menghupload semua gambar2 yang telah dicombined.

Seperti yang kalian tahu (itupun kalau u ols follow entry yang sebelum2 ni ler), raya kali ni, saya ada program bersama semua kaum kerabat saya. 8 bulan planning, harinya tiba jua.

Hari raya ke-3 dan ke-4 jatuh pada hari Selasa dan Rabu. Urusetia pasti la kena pergi awal. Pinkple hanya dinaiki oleh saya dan bonda. Ruangan lain telah dipenuhi dengan barang-barang. Perjalanan saya bermula pada jam 11.30pgi. Sebelum itu, saya singgah di kedai untuk beli perencah nasi goreng dan setandan pisang serta 2 biji buah tembikai. Memang full kereta saya. Kali ini, dalam sejarah saya bawa kereta di highway, hanya 80-90km/jam sahaja speed saya. Memang tak boleh nak lari sebab barang yang sangat banyak menyebabkan pergerakkan agak terbatas. Jika sebelum ini, untuk sampai ke Putri Ayu Chalet, Yan Kedah hanya mengambil masa 45minit, tidak kali ini, 1 jam 15minit. Pandu selamat, jiwa selamat.

Saya tiba di Putri Ayu Chalet tepat jam 1 tengahari. Kami la yang sampai dahulu dan disusuli oleh Abang Hasrin (anak pak long saya). Sambil menunggu bilik2 siap dikemas dan ahli keluarga yang lain tiba, saya mengambil peluang untuk memasang kain rentang. Alhamdulillah, ada 2 kain rentang yang di sponsor oleh kakak saya dan abg aen.

Sambil menunggu di meja pendaftaran, saya dipaksa oleh bonda untuk menjamah makanan yang dibawa dari rumah. Saya juga menjadi pemandu arah pada mereka-mereka yang tidak biasa datang ke Putri Ayu. Tidak lama kemudian, 2 biji kereta memasuki perkarangan penginapan PAC. Kemudian disusuli 2 lagi kenderaan. Jumlah kenderaan semua sebanyak 15biji kereta, termasuk MPV 4 biji.

Alhamdulillah, syukur 3 generasi dapat berkumpul bermula dari generasi ke-2 sehingga generasi ke-4. Jika diikutkan dalam statistik saya, kami mempunyai sehingga generasi ke-5. Alhamdulillah. Jumlah ahli keluarga yang berkumpul di PAC adalah seramai 88 orang (63%) dari 139 orang berbanding jumlah sewaktu kali pertama dijalankan semasa raya haji tahun lepas seramai 113 orang (82%). Kenapa ini berlaku? hehehehe, siap ada persoalan lagi. Ini kerana, ada lagi 3orang anak kepada arwah wan dan tok saya yang tidak dapat menyertainya iaitu Lang, dan 2 anaknya (abg aen dan kak masni, kerana kurang sihat, cancel last minute), Pak Teh anak beranak kerana ada hal keluarga dan Mak Teh anak beranak kerana semua anak2 akan pulang keesokkan harinya.

InshaAllah, dilain waktu, dan dilain masa saya berharap semuanya akan dapat sertai sementara kesemua anak-anak arwah masih ada. Amin.... "Ya Allah, Engkau panjangkan usia kesemua ahli keluargaku Ya Allah....."

Okay, sampai disini dulu entry kali ni.
Sangat banyak yang ingin saya kongsikan.
Nantikan entry seterusnya.

~xoxo~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: