08 August 2012

Cuti Raya???

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, hari ni masuk hari yang ke-18 seluruh umat Islam berpuasa.
Ini bermakan, kita dah hampir ke penghujung fasa kedua berpuasa. 
Sungguh pantas masa berlalu kan?
Sedihnya... Ramadhan bakal meninggalkan kita semua tidak berapa lama lagi.
Adakah saya berpeluang untuk merasai ramadhan 1434H?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Bila story pasal berpuasa, memang tak sah ler kalau tak bercakap sama soal raya. Kan?
Macam mana, persiapan dah dibuat?
Dalam kita mempersiapkan diri kita, jangan dilupa pada mereka yang kurang berkemampuan juga yer?
Zakat fitrah juga jangan lupa dibayar.

Bila dah bercakap soal raya, pasti bagi mereka yang bekerjaya akan pening memikirkan cuti dan bagi mereka yang sudah berkeluarga, pasti akan ada acara ooosoomm atau baling dadu, atau pun mohon undian daripada anak-anak untuk mahu beraya di kampung mana. Betul tak?
Biasa la tu.
Termasuklah saya. Tapi saya tidak ler berOoosom2 segala.
Hanya hanya pening memikirkan nak ambik AL berapa lama. :) Not married yet
Pesanan utk diri sendiri : kalau xnok ooosom2, cari ler orang dekat2...hahaha... (arghh! ok abaikan...sekian)

So, talking bout cuti, memandangkan company saya telah memberi cuti tanpa rekod sehari pada semua staffnya, makna kata, cuti raya saya sehinggalah hari Rabu, 22/8/2012. 5 hari cukup la kot (termasuk weekend). Khamis datang kerja. Bley?

Ikutkan perancangan di awal-awal, saya akan cuti direct sehingga minggu hadapan. Tapi fikir punya fikir, baik datang kerja. Save cuti. Tambahan bonda pun kemungkinan akan tidak mengambil cuti tambahan. So, setakat entry kali ini, syaa CONFIRM tak ambik cuti tambahan. Simpan cuti untuk emergency case. 

Oklah, sampai disini dahulu entry saya.
Kita jumpa di lain entry.
Selamat menjalani ibadah puasa.

p/s: Skrg lunch break. Saya baru habis siang bawang. pedih sangat2 jari saya ni. Esok nak wat serunding. Yeay!!!


~ xoxo~
Fath_Niesa
18 Ramadhan 1433H

Reactions:

0 comments: