16 August 2012

Approved

BY Fath_n!e$@ No comments

Alhamdulillah, syukur..

Orang lain sibuk apply cuti untuk hari raya, saya pula, sibuk apply cuti untuk berholiday lagi. 

Akhirnya cuti di bulan September depan selaam 1 minggu telah diluluskan oleh pihak management. Saya akan kembali ke bumi Kenyalang. Ini merupakan kali kedua saya ke sana, dan rasanya yang terakhir ke Kuching. Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi kenyalang adalah pada awal tahun lepas. Tapi percutian itu bersama teman kenalan. Dan kali ini, percutian melibatkan ahli keluarga.

Ticket flight booking since February yang lalu, so dekat 7 bulan jugak la perancangan dibuat. Biasa ler, dah booking dengan AA, nak dapat the best price punya pasal. Kenderaan telah di booking minggu lepas, cuma commendation saja akan di book minggu depan, selepas raya. InshaAllah. Tempat telah dipilih.

Semua ahli keluarga seramai 6 orang. Yeay!!! Mujurlah semasa nak booking ticket flight, bonda setuju nak pergi bersama. Mengimbas kembali sewaktu booking ticket, pilihan diberikan pada bonda untuk memilih samada Kuching atau Kota Kinabalu. Memandangkan Sabah beliau telah sampai, so Kuching menjadi pilihan. Tarikh? Saya yang pilih.....Syukur, dengan rezeki yang lebih, dapat jugak saya bawa bonda ke sana. Family kakak, tanggung sendiri... :)

Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: