30 August 2012

1 Syawal, 1433H

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua....
Dengan masa yang tak berapa nak ada ni, saya nak story morry skit mengenai cerita raya saya.

My beloved sister
Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa, kali ini, dapat lagi saya menjejakkan kaki ke masjid Pajak Song untuk turut sama mengerjakan solat sunat hari raya. Seperti biasa, malam raya, saya yang akan tidur paling lewat dan pagi raya saya yang akan bangun paling awal. Mungkin sudah terbiasa bangun menyediakan juadah untuk bersahur, jadi tiada masalah pada saya untuk tidak bangun awal dengan sendirinya. 

Sementara menunggu azan subuh berkumandang, saya segera ke dapur untuk menghangatkan kembali juadah raya yang telah dimasak sehari sebelum raya seperti rendang dan ketupat serta beberapa jenis lauk. Adalah menjadi kebiasaan kepada saya untuk bersarapan dahulu sebelum ke masjid, jadi tanpa berlengah, terus sahaja saya menjerang air untuk membuat minuman bagi semua ahli keluarga saya. 

Izz Zarifa, cicit ke 57
Masjid Pajak Song bagi solat sunat hari raya akan bermula pada jam 9.00 pagi, manakala bagi solat sunat raya haji, bermula pada jam 8.30 pgi. Tepat jam 8.30 pagi, saya bersama bonda dan anak buah saya, Batrisyia bergegas untuk ke masjid dahulu. Disusuli kemudian oleh abg ipar dan adik saya. Kakak saya seperti biasa, dengan anak kecilnya. Sebaik selesai khutbah raya, saya tidak terus pulang, tetapi stay di masjid untuk terus turut serta dalam bacaan tahlil kerana selepas selesai makan nanti, saya bersama kaum keluarga akan ke kubur menziarahi pusara wan, tok dan nenek serta kaum kerabat saya di sana.

Selesai urusan menziarahi pusara, kami tidak terus pulang. tetapi terus berada di rumah pusaka sehingga jam 12 tengahari. Adalah menjadi kebiasaan kepada saya dan keluarga begitu. Sampai di rumah, seperti biasa menerima kunjungan dari anak-anak kecil yang pada masa inilah mereka mahu mengumpul sebanyak mungkin duit raya. Teringat akan zaman-zaman kecil saya. Saya tidak begitu ghairah mengutip duit raya. Kenapa? Maluuu...... Itulah sifat saya.. :) 


Bagi diri saya sendiri, kali ni tetamu pertama saya adalah sahabat saya, Zulkarnain. Thanks nine, this is your first time datang rumah saya. Ingatkan dah tak berjumpa lagi. Alhamdulillah, sudi datang juga. Nine merupakan schoolmate saya. Tapi classmate cousin saya. Tak pernah bercakap sewaktu zaman persekolahan. Tetapi kami berjumpa semula sewaktu saya aktif bergym dulu. Dia pun bergym juga. Sekarang, sama-sama tidak aktifkan keahlian. Sebabnya masing-masing sibuk dan nak kembali ke xtvt outdoor. Merupakan engineer TNB. Apa pun nine, thanks for coming.

Next sahabat saya yang datang bertandang adalah Rais. Dia ni duduk kat Pmtg. Sireh. Owner sauna herba, tokey kedai nasi carrot. Otak bisnes dia ni. Tapi kerja tetap dia technician kt Igelent (ejaan tak betoi yer kwn2) Ni schoolmata and classmate saya dari form 3. Dia antara geng lepak saya la. Datang 3 orang termasuk dia. Kebetulan mahu ke rumah rakan kami yang lagi seorang, Mern so, dia singgah dahulu ke rumah saya. Dah bertunang dan inshaAllah akan mendirikan masjid June depan. Thanks Rais sudi datang. 


Hah!!! itu jer member2 yang datang bertandang. Saya pun tidak kemana-mana sangat. Cuma rushing ke Juru ke rumah Hanim. Lain-lain dirumah. Mana tidaknya, sibuk dengan program hari raya ke3 & ke4, so semuanya ala-ala kadar. Saya ke rumah bff saya pun malam raya ke2. Itu pun curi-curi keluar. Seperti biasa, jumlah pengunjung sanak saudara tetap maintain seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang pastinya, pada raya pertama, lontong dan nasi kacang semuanya habis. Takut juga berlaku perbaziran, tapi Alhamdulillah, habis semuanya. 

Bagi raya pertama, rumah saya tutup secara officially jam 3.00pagi. Itu pun bonda saya yang tunggu. Saya dah tak larat. Ngantuk. Bukan apa, kazen-kazen dok menyembang. Hahaha, lantak koranglah, pandai2 buat rumah sendiri. 

Okaylah kawan-kawan.
Sampai sini dahulu cerita raya pertama saya.
Nantikan cerita raya ke-2 saya, InshaAllah.


~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: