31 August 2012

Family Gathering 2012 ~ Vol.I

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahiraahmanirrahim....

Memandangkan semua softcopy gambar-gambar saya tertinggal di desktop ofis, so u ols layan jer crita saya ni dulu k? Next Monday baru saya berpeluang menghupload semua gambar2 yang telah dicombined.

Seperti yang kalian tahu (itupun kalau u ols follow entry yang sebelum2 ni ler), raya kali ni, saya ada program bersama semua kaum kerabat saya. 8 bulan planning, harinya tiba jua.

Hari raya ke-3 dan ke-4 jatuh pada hari Selasa dan Rabu. Urusetia pasti la kena pergi awal. Pinkple hanya dinaiki oleh saya dan bonda. Ruangan lain telah dipenuhi dengan barang-barang. Perjalanan saya bermula pada jam 11.30pgi. Sebelum itu, saya singgah di kedai untuk beli perencah nasi goreng dan setandan pisang serta 2 biji buah tembikai. Memang full kereta saya. Kali ini, dalam sejarah saya bawa kereta di highway, hanya 80-90km/jam sahaja speed saya. Memang tak boleh nak lari sebab barang yang sangat banyak menyebabkan pergerakkan agak terbatas. Jika sebelum ini, untuk sampai ke Putri Ayu Chalet, Yan Kedah hanya mengambil masa 45minit, tidak kali ini, 1 jam 15minit. Pandu selamat, jiwa selamat.

Saya tiba di Putri Ayu Chalet tepat jam 1 tengahari. Kami la yang sampai dahulu dan disusuli oleh Abang Hasrin (anak pak long saya). Sambil menunggu bilik2 siap dikemas dan ahli keluarga yang lain tiba, saya mengambil peluang untuk memasang kain rentang. Alhamdulillah, ada 2 kain rentang yang di sponsor oleh kakak saya dan abg aen.

Sambil menunggu di meja pendaftaran, saya dipaksa oleh bonda untuk menjamah makanan yang dibawa dari rumah. Saya juga menjadi pemandu arah pada mereka-mereka yang tidak biasa datang ke Putri Ayu. Tidak lama kemudian, 2 biji kereta memasuki perkarangan penginapan PAC. Kemudian disusuli 2 lagi kenderaan. Jumlah kenderaan semua sebanyak 15biji kereta, termasuk MPV 4 biji.

Alhamdulillah, syukur 3 generasi dapat berkumpul bermula dari generasi ke-2 sehingga generasi ke-4. Jika diikutkan dalam statistik saya, kami mempunyai sehingga generasi ke-5. Alhamdulillah. Jumlah ahli keluarga yang berkumpul di PAC adalah seramai 88 orang (63%) dari 139 orang berbanding jumlah sewaktu kali pertama dijalankan semasa raya haji tahun lepas seramai 113 orang (82%). Kenapa ini berlaku? hehehehe, siap ada persoalan lagi. Ini kerana, ada lagi 3orang anak kepada arwah wan dan tok saya yang tidak dapat menyertainya iaitu Lang, dan 2 anaknya (abg aen dan kak masni, kerana kurang sihat, cancel last minute), Pak Teh anak beranak kerana ada hal keluarga dan Mak Teh anak beranak kerana semua anak2 akan pulang keesokkan harinya.

InshaAllah, dilain waktu, dan dilain masa saya berharap semuanya akan dapat sertai sementara kesemua anak-anak arwah masih ada. Amin.... "Ya Allah, Engkau panjangkan usia kesemua ahli keluargaku Ya Allah....."

Okay, sampai disini dulu entry kali ni.
Sangat banyak yang ingin saya kongsikan.
Nantikan entry seterusnya.

~xoxo~
Fath_Niesa

30 August 2012

Allah Maha Pengampun

BY Fath_n!e$@ IN No comments

  

Allah Maha Pengampun....

Islam menyuruh kita menutup keaiban diri kita, keaiban orang lain. Islam menyuruh kita memperbaiki diri kita....

Usah berputus asa dengan Rahmat Allah..teruskan perbaiki diri. terus perbaiki hubungan kita dengan DIA

1 Syawal, 1433H

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua....
Dengan masa yang tak berapa nak ada ni, saya nak story morry skit mengenai cerita raya saya.

My beloved sister
Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa, kali ini, dapat lagi saya menjejakkan kaki ke masjid Pajak Song untuk turut sama mengerjakan solat sunat hari raya. Seperti biasa, malam raya, saya yang akan tidur paling lewat dan pagi raya saya yang akan bangun paling awal. Mungkin sudah terbiasa bangun menyediakan juadah untuk bersahur, jadi tiada masalah pada saya untuk tidak bangun awal dengan sendirinya. 

Sementara menunggu azan subuh berkumandang, saya segera ke dapur untuk menghangatkan kembali juadah raya yang telah dimasak sehari sebelum raya seperti rendang dan ketupat serta beberapa jenis lauk. Adalah menjadi kebiasaan kepada saya untuk bersarapan dahulu sebelum ke masjid, jadi tanpa berlengah, terus sahaja saya menjerang air untuk membuat minuman bagi semua ahli keluarga saya. 

Izz Zarifa, cicit ke 57
Masjid Pajak Song bagi solat sunat hari raya akan bermula pada jam 9.00 pagi, manakala bagi solat sunat raya haji, bermula pada jam 8.30 pgi. Tepat jam 8.30 pagi, saya bersama bonda dan anak buah saya, Batrisyia bergegas untuk ke masjid dahulu. Disusuli kemudian oleh abg ipar dan adik saya. Kakak saya seperti biasa, dengan anak kecilnya. Sebaik selesai khutbah raya, saya tidak terus pulang, tetapi stay di masjid untuk terus turut serta dalam bacaan tahlil kerana selepas selesai makan nanti, saya bersama kaum keluarga akan ke kubur menziarahi pusara wan, tok dan nenek serta kaum kerabat saya di sana.

Selesai urusan menziarahi pusara, kami tidak terus pulang. tetapi terus berada di rumah pusaka sehingga jam 12 tengahari. Adalah menjadi kebiasaan kepada saya dan keluarga begitu. Sampai di rumah, seperti biasa menerima kunjungan dari anak-anak kecil yang pada masa inilah mereka mahu mengumpul sebanyak mungkin duit raya. Teringat akan zaman-zaman kecil saya. Saya tidak begitu ghairah mengutip duit raya. Kenapa? Maluuu...... Itulah sifat saya.. :) 


Bagi diri saya sendiri, kali ni tetamu pertama saya adalah sahabat saya, Zulkarnain. Thanks nine, this is your first time datang rumah saya. Ingatkan dah tak berjumpa lagi. Alhamdulillah, sudi datang juga. Nine merupakan schoolmate saya. Tapi classmate cousin saya. Tak pernah bercakap sewaktu zaman persekolahan. Tetapi kami berjumpa semula sewaktu saya aktif bergym dulu. Dia pun bergym juga. Sekarang, sama-sama tidak aktifkan keahlian. Sebabnya masing-masing sibuk dan nak kembali ke xtvt outdoor. Merupakan engineer TNB. Apa pun nine, thanks for coming.

Next sahabat saya yang datang bertandang adalah Rais. Dia ni duduk kat Pmtg. Sireh. Owner sauna herba, tokey kedai nasi carrot. Otak bisnes dia ni. Tapi kerja tetap dia technician kt Igelent (ejaan tak betoi yer kwn2) Ni schoolmata and classmate saya dari form 3. Dia antara geng lepak saya la. Datang 3 orang termasuk dia. Kebetulan mahu ke rumah rakan kami yang lagi seorang, Mern so, dia singgah dahulu ke rumah saya. Dah bertunang dan inshaAllah akan mendirikan masjid June depan. Thanks Rais sudi datang. 


Hah!!! itu jer member2 yang datang bertandang. Saya pun tidak kemana-mana sangat. Cuma rushing ke Juru ke rumah Hanim. Lain-lain dirumah. Mana tidaknya, sibuk dengan program hari raya ke3 & ke4, so semuanya ala-ala kadar. Saya ke rumah bff saya pun malam raya ke2. Itu pun curi-curi keluar. Seperti biasa, jumlah pengunjung sanak saudara tetap maintain seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang pastinya, pada raya pertama, lontong dan nasi kacang semuanya habis. Takut juga berlaku perbaziran, tapi Alhamdulillah, habis semuanya. 

Bagi raya pertama, rumah saya tutup secara officially jam 3.00pagi. Itu pun bonda saya yang tunggu. Saya dah tak larat. Ngantuk. Bukan apa, kazen-kazen dok menyembang. Hahaha, lantak koranglah, pandai2 buat rumah sendiri. 

Okaylah kawan-kawan.
Sampai sini dahulu cerita raya pertama saya.
Nantikan cerita raya ke-2 saya, InshaAllah.


~ xoxo ~
Fath_Niesa

27 August 2012

Syawal ke 8, 1433H

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Maaf yer, saya lompat trus ke raya ke-8. sebab ray-raya lain sangat panjang.

Joms layan picture dulu k



  
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

~xoxo~
Fath_Niesa

Takziah

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Innalillahiwainnailahiroji'un...
Semoga Allah menempatkan arwah suami Ily Zafira dan ayahanda Aqma dikalangan orang-orang yang beriman.

Pagi ini, saya dikejutkan dengan berita kematian suami kepada rakan sekelas saya iaitu Ily Zafira. Dari apa yang saya tahu dari kawan2, arwah menghembuskan nafaz terakhir ditempat kejadian selepas moto yang dinaiki terlanggar lori rosak dan beliau telah tercampak. 

Saya sangat-sangat terkejut dengan berita ini. Baru semalam saya terbaca dan terlihat status dan gambar mereka sewaktu hari raya dan last status di FB, mereka sama-sama shopping barang dapur. Jika saya berada di tempat dia, saya tak tahu apa yang saya harus lakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Betul, kita kena redha dengan pemergian orang yang kita sayang, tetapi untuk seketika dan sedetik awal tu, pasti agak susah untuk menerimanya. Kita akan terfikir-fikirkan setiap detik yang dilalui bersama.  

Hanya yang mampu saya lakukan adalah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan berdoa agar Ily kuat dan demi anaknya Adeeb untuk menempuh hari-hari mendatang. Ujian ini terlalu berat untuk dia hadapi, tapi saya tahu, Ily sangat kuat. Semoga arwah tenang  di sana. Salam takziah buat Ily dan keluarga.

Pada Aqma, slm takziah juga atas kembalinya ayahanda tercinta ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin.

Kenangan gambar yang berada dalam simpanan saya sewaktu attend wedding diorang...


 

 

24 August 2012

Persiapan Raya #Vol.I

BY Fath_n!e$@ No comments

----->Recall Back <------

Seperti biasa, selepas sahur aku akan tidak kembali ke tempat beradu ku. Mood raya dah sampai, tambahan hari ni adalah last day berpuasa, dan hari ni jugak lah aku bersama bonda n sis kena all out settlekan segala macam hal.

Kalini, aku bersama sis, keluar ke pasar awal dari biasa. Sebelum itu, aku terlebih dahulu baked cake gula hangus. Cadangannya harini nak buat 2 biji kek, so, nak tak nak, kena baked dahulu 1 biji kek. Tak nak berlaku penggunaan elektrik secara maksimum. Dan disebabkan itulah, seusai bersahur, aku terus menyediakan bahan2 untuk kek gula hangus ku. Selepas adunan siap dimasukkan ke dalam oven, aku pun selesaikan kewajipan kepada Ilahi. Planning awalnya nak keluar rumah jam 7 pagi. Tetapi memandangkan kek aku belum lagi masak betul-betul, makna kata, aku kena tunggu dahulu. Selesai solat dan sambil menunggu kek masak, aku pun memulakan kerja-kerja mengemas apa yang patut. 

Dalam jam 7.50 pgi, aku bersama sis bergerak keluar dari rumah. Tidak terus ke pasar besar, kami singgah dahulu di kedai che abang yang terletak di pekan kepala batas. Fuhhhh!!!! JEM... Aku minta akak ku untuk short-cut masuk ke tapak pasar malam. So, kami berjalan kaki dari situ. Sampai didepan kedai, penuh dengan manusia dah berbaris panjang didepan kedai. Aku separate dengan kak ngah. Dia tunggu untuk beli limpa, kelempung dan hati. Aku pulak, berbaris untuk beli ayam dan bahan-bahan lain. 2 jam kami di situ, kami meneruskan perjalanan pasar besar.

Di sana, kami mencari santan, otak, dan barang2 keperluan yang lain. Alhamdulillah, semuanya barang yang di cari ada.

Non-stop dari pagi, sehinggalah berlanjutan ke jam 3 petang. Best raya kalini, kerana kak ngah raya sebelah penang. Yeay!!! dan rumah aku dah seperti macam rumah orang nk kenduri kawin. Kenapa? Sebabnya aku sibuk handle family gathering yang akan diadakan pada raya ke-3 dan ke-4. So, banyak ler polistrin segala dirumah tu. Dengan sourvier lagi.

Okaylah, sampai takat ni dulu kot untuk entry ni.
Next entry, crita time raya plak noooo....

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa 

Deactive FB

BY Fath_n!e$@ No comments

Deactive FB???
Hurm!!! Planning nak deactive memang dah lama.
Cuma yang menjadi sebab kenapa penangguhan adalah kerana group family saya.
Crews of Haji Ahmad & Hajjah Nuriah
Mereka adalah segala-galanya bagi saya.
Susah senang, suka, duka kami tetap bersama.


Sebaik selesai program family gathering lepas, saya akan deactivekan muka buku saya.
Ingin berikan masa selama seminggu, tetapi semalam lain pula ceritanya.
Saya secara officially deactivekan muka buku saya pada 23/8/2012.

Kenapa???
Kerana ada seseorang yang saya kenali tetapi bukan dalam friendlist saya telah share picture family saya.
Tujuan? Tidak diketahui.

Selepas ini, saya akan update group crews dengan menggunakan FB kakak saya.
Hanya untuk CoHA&HN

Perancangan Allah hebat.
Lain yang saya rancang, lain yang DIA berikan.
TERIMA KASIH ALLAH....

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa 

status terkini:- active kan balik, dan delete semua gambar family... :(

23 August 2012

Selamat Hari Raya

BY Fath_n!e$@ IN No comments


16 August 2012

Approved

BY Fath_n!e$@ No comments

Alhamdulillah, syukur..

Orang lain sibuk apply cuti untuk hari raya, saya pula, sibuk apply cuti untuk berholiday lagi. 

Akhirnya cuti di bulan September depan selaam 1 minggu telah diluluskan oleh pihak management. Saya akan kembali ke bumi Kenyalang. Ini merupakan kali kedua saya ke sana, dan rasanya yang terakhir ke Kuching. Kali pertama menjejakkan kaki ke bumi kenyalang adalah pada awal tahun lepas. Tapi percutian itu bersama teman kenalan. Dan kali ini, percutian melibatkan ahli keluarga.

Ticket flight booking since February yang lalu, so dekat 7 bulan jugak la perancangan dibuat. Biasa ler, dah booking dengan AA, nak dapat the best price punya pasal. Kenderaan telah di booking minggu lepas, cuma commendation saja akan di book minggu depan, selepas raya. InshaAllah. Tempat telah dipilih.

Semua ahli keluarga seramai 6 orang. Yeay!!! Mujurlah semasa nak booking ticket flight, bonda setuju nak pergi bersama. Mengimbas kembali sewaktu booking ticket, pilihan diberikan pada bonda untuk memilih samada Kuching atau Kota Kinabalu. Memandangkan Sabah beliau telah sampai, so Kuching menjadi pilihan. Tarikh? Saya yang pilih.....Syukur, dengan rezeki yang lebih, dapat jugak saya bawa bonda ke sana. Family kakak, tanggung sendiri... :)

Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa

Love

BY Fath_n!e$@ No comments




CD :# 3 Days

BY Fath_n!e$@ No comments


10 Malam Terakhir

Kejarlah selagi ada kesempatan...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Hilangkan Segalanya

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi


ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah


10 August 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey)

BY Fath_n!e$@ IN 3 comments

     
Assalamualaikum semua
Hah! korang dh tengok blom iklan raya tahun ni.
So far, yang saya tengok dan betul-betul menyentuh hati kecil saya, adalah iklan dari bernas.
Tak sure plak siapa pengarahnya.
Kalau sebelum-sebelum ini, garapan dari arwah yasmin ahmad sentiasa menyentuh perasaan kita, hampir 3 tahun tiada sudah garapan beliau.

Pagi-pagi lagi air ditempayan sudah membasahi pipi.
Korang?
Dalam makna iklan tersebut.
Walaupun lama, tapi sangat tersentuh.

Jangan lupa saksikan yer.

~xoxo~
Fath_Niesa
21 Ramadhan 1433H

09 August 2012

Serunding Ikram 2012

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Rendang?
Awalnya???
Haaaa!!!! Memang awal. Ikutkan tahun lepas, kitaorang akan buat minggu terakhir bekerja. 
Tetapi memandangkan 'ayahanda' saya akan pulang pada minggu ketiga, so, makna kata, minggu ke-3, kami semua kena bekerja keras untuk menyediakan rendang seperti tahun lepas dengan lebih awal lagi.

Tahun ni merupakan tahun ke-2 kami bekerjasama menyediakan rendang.
Alhamdulillah, dapat disiap awal dari perancangan.
Mungkin sebab belajar dari tahun lepas, kurang kan air yer...hahaha

Korang ingat senang ker nak wat serunding. 
Pasti senang, kalau tanya saya. Cuma yang lecehnya, kena tunggu lama.
Kalau tidak, hangit ler jawabnya.

So,  serunding ikram ready to eat... Yeay!!!
Tapi kena tunggu time berbuka yer kawan-kawan.

Oklah,
Next entry, saya story lain k
C U next time.

Wassalam..

~xoxo~
Fath_Niesa
20 Ramadhan 1433H

08 August 2012

Cuti Raya???

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, hari ni masuk hari yang ke-18 seluruh umat Islam berpuasa.
Ini bermakan, kita dah hampir ke penghujung fasa kedua berpuasa. 
Sungguh pantas masa berlalu kan?
Sedihnya... Ramadhan bakal meninggalkan kita semua tidak berapa lama lagi.
Adakah saya berpeluang untuk merasai ramadhan 1434H?
Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Bila story pasal berpuasa, memang tak sah ler kalau tak bercakap sama soal raya. Kan?
Macam mana, persiapan dah dibuat?
Dalam kita mempersiapkan diri kita, jangan dilupa pada mereka yang kurang berkemampuan juga yer?
Zakat fitrah juga jangan lupa dibayar.

Bila dah bercakap soal raya, pasti bagi mereka yang bekerjaya akan pening memikirkan cuti dan bagi mereka yang sudah berkeluarga, pasti akan ada acara ooosoomm atau baling dadu, atau pun mohon undian daripada anak-anak untuk mahu beraya di kampung mana. Betul tak?
Biasa la tu.
Termasuklah saya. Tapi saya tidak ler berOoosom2 segala.
Hanya hanya pening memikirkan nak ambik AL berapa lama. :) Not married yet
Pesanan utk diri sendiri : kalau xnok ooosom2, cari ler orang dekat2...hahaha... (arghh! ok abaikan...sekian)

So, talking bout cuti, memandangkan company saya telah memberi cuti tanpa rekod sehari pada semua staffnya, makna kata, cuti raya saya sehinggalah hari Rabu, 22/8/2012. 5 hari cukup la kot (termasuk weekend). Khamis datang kerja. Bley?

Ikutkan perancangan di awal-awal, saya akan cuti direct sehingga minggu hadapan. Tapi fikir punya fikir, baik datang kerja. Save cuti. Tambahan bonda pun kemungkinan akan tidak mengambil cuti tambahan. So, setakat entry kali ini, syaa CONFIRM tak ambik cuti tambahan. Simpan cuti untuk emergency case. 

Oklah, sampai disini dahulu entry saya.
Kita jumpa di lain entry.
Selamat menjalani ibadah puasa.

p/s: Skrg lunch break. Saya baru habis siang bawang. pedih sangat2 jari saya ni. Esok nak wat serunding. Yeay!!!


~ xoxo~
Fath_Niesa
18 Ramadhan 1433H

02 August 2012

Kenapa?

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


Kenapa begitu?
Perlukah kita begitu?
Tapi kenapa perlu begitu?

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa perlu kita lari dari masalah?
Bila ada masalah, facebook, twitter dan segala medium telecommunication di alam maya, terus tidak bermaya. Dalam makna kata lain, terus deactivated. 
Betul tak apa yang saya katakan ini?

Adakalanya juga saya begitu.
Tapi itu dahulu.
Tapi bagi saya, itu bukanlah melarikan diri, cuma mendiamkan diri dari segala-galanya.


I just need a time.
Berikan saya masa untuk menerima keadaan itu, dan saya akan kembali semula.
Bukanlah niat untuk larikan diri.
Sejujurnya, adakalanya kita akan terasa dan terdetik dihati bila mana ada perkara-perkara yang berlaku diluar batas kawalan kita. (hmm...dalam maknanya...:)
Memaksa diri untuk melupakan sesuatu.

Saya selalu ingatkan diri, just "Silent for awhile... silent is the best way. don;t talk to much. Sometimes its better not to say anything. So just silent. Get your time back. "

Kita manusia yang lemah, adakalanya kita juga tertewas dengan hal-hal duniawi.
Semoga saya terus tabah menghadapi hari-hari mendatang. InshaAllah.


Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa
13  Ramadhan 1433H

01 August 2012

Produktiviti

BY Fath_n!e$@ No comments

Assalamualaikum semua...
Dah bersahur ker? Awalnya...
Saya, pasti la belum. Awal lagi. Jam 4.30pgi nanti saya akan bangun kembali. InshaAllah jika DIA izinkan saya menyedut udara-Nya

Sekadar perkongsian...
Seperti sebelum-sebelum ini, tazkirah akan diadakan seusai selesai solat terawikh.
Tajuk pada malam ini, adalah #produktiviti.

Betulkan mind set kita. Sepatutnya berpuasa ini memberikan kekuatan dan ketahanan fizikal dan mental kepada kita. Bukannya bila berpuasa, kita akan lemah. Tidak berdaya.
Dan produktiviti juga semestinya meningkat.
Amal ibadah, hubungan kita dengan Allah sepatutnya meningkat sekali ganda ataupun lebih gandanya.

Ini adalah untuk peringatan kepada saya juga.
Semuanya atas diri kita sendiri.
Keputusan ditangan masing-masing.
Ayuh, marilah kita berlumba-lumba mencari keredhaan-Nya.
Amin..

Wallahualam...
Sekian...

~xoxo~
Fath_Niesa
13 Ramadhan 1433H