04 July 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua..

TAHNIAH IRMA HASMIE - REDZA

Sebelum saya memulakan penulisan bagi entry kali ini. saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada sis Irma dan husband yang telah sah dan selamat disatukan. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin....

Sejujurnya, saya terasa nak cepat-cepat kahwin bila mana melihat kedua2 video beserta gambar-gambar sekitar perkahwinan Irma dan husband. Sungguh Islamik. Simple. Cantik sangat anugerah dari Allah pada si suami. Terasa ketenangan bila menontonnya. Siapa tak tersentuh bila menontonnya. Jauh disudut saya turut merasa tersentuh dan sayu bila melihat majlis akad nikah mereka. Sebelum ini pun, bila saya hadirkan diri ke masjid untuk majlis akad nikah, saya juga akan turut mengalirkan air mata. Lumrah. Terasa akan tiba masanya nanti, saya juga bukan lagi hak ibu bapa saya...

Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang. DIA temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya. Kenapa? Kerana DIA sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi DIA. 

Hari-hari kita berdoa untuk jodoh kita, tetapi DIA belum makbulkan dia kita. Kenapa? Hanya DIA maha mengetahui. Janganlah kita sesekali merungut akan ketentuanNya. DIA mahu menguji hambaNya. Bagaimana kita mentaati suruhanNya. Sebenarnya kita perlu lebih mendekatiNya. Sabar. Sabar. dan Sabar. Masanya akan tiba. InshaAllah. Setiap insan di atas muka bumi Allah ini, ada pasangan masing-masing. Jika tidak ketemu di dunia ini, InshaAllah, di alam lain kita akan ketemu. Semua itu rahsia Allah. 

Seperti yang saya coretkan sebelum ini. JODOH CEPAT ATAU LAMBAT

Semoga hari saya akan tiba jua suatu hari nanti. InshaAllah.

"Ya Allah, berikanlah jodoh yang sesuai buat hambaMu ini..."

~xoxo~
Fath_Niesa 




Gambar ihsan dr Google 

Reactions:

0 comments: