25 July 2012

Day 4 - 5 Ramadhan

BY Fath_n!e$@ No comments



Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Hari ni dah masuk hari kelima semua umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah

Semalam berbuka 2 orang jer. Saya dan mom. Adik berbuka di luar.
Alhamdululillah, tiada seberang pembaziran berlaku. Tapi sian kt mom, mencari makanan selepas terawih. hahaha... Kuih yang dibeli tertinggal di kedai semalam. Hmm, isokay, anggap jer tak dak rezeki. Rezeki orang lain. 

Kalian macam mana puasa? ok?
Alhamdulillah....

Tadi, sewaktu saya on the way ke office, di satu persimpangan traffic light (area ampang jajar) sebaik sahaja traffic light hijau, saya tergamam apabila ternampak percikan api di bahagian tayar lori sampah, betul-betul bersebelahan saya. Mengucap panjang.
Syukur, Alhamdulillah, penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Berharap agar, beliau seorang, tiada anak atau isteri di atas moto tersebut.
Moto berada dihadapan moto.

Saya jangkakan, motor tersebut kena seret dek lori sampah.
Diorang ni (kenderaan besar) bukannya ambik pot dengan penunggang2 motosikal.
Main redah saja. Peringatan saya pada penunggang, jauhi kenderaan yang besaq2. Bahaya pada kalian.

Api semakin lama semakin marak.
Pemandu lori sampah bersama pembantu, lari turun dari lori berkenaan.
Apa pun yang berlaku, syukur, Allah masih memanjangkan usia penunggang motor berkenaan. Alhamdulillah.

Apa pun, berhati-hati di jalan raya.

Ok.....
Jazakallahu khairan kathira ...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: