24 July 2012

Day 1 - Day 3 Ramadhan

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.

Macam mana puasa kalian? Masih kuat? Kena ler kuat. Cuba bayangkan insan-insan yang terpaksa berpuasa sepanjang hidup mereka atas kekurangan yang terpaksa mereka hadapi. Mereka dah lali bila perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita kena bersyukur, makan minum, pakai kita semuanya mencukupi. So, jangan la berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran apabila membeli atau menyediakan juadah berbuka yer kawan-kawan. Peringatan ini juga adalah untuk saya sendiri, bukan sapa-sapa. Apa yang baik, kita ambik, yang buruk, tinggalkan sebelah atau boleh perbetul yang mana salah. Terima kasih kawan-kawan.

Sebenarnya, kalau boleh setiap hari saya ingin mencoretkan sesuatu sepanjang ramadhan. Cuma tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Jadi, makna kata, saya lump-sum kan saja dalam 1 entry. 

Day 1 Ramadhan
Alhamdulillah. Berpuasa pada hari Sabtu. So, time cuti tue. Kakak saya dari AS balik menyambut puasa dirumah. 3 dari 4 anak bonda saya berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Cuma Abg saya yang sulung dan family dia tak dapat sertai kami disebabkan bekerja. Hmm...redha. Time sahur pun paling kecoh. Kecoh dengan kebangkitan 2 anak buah saya yang turut sama kalut untuk bersahur. Dan pastinya berebut2 nak duduk sebelah CT mereka. hmmm.... Makan tak, tapi mulut jer pot pet pot pet. :) Tapi selepas berbuka, mereka semua berangkat pulang. Sebab keesokkan harinya akak saya keja. So sunyi ler

Day 2 - 3 Ramadhan
Sunyi skit. Sebab diorang semua dah balik. So, tinggallah saya, bonda dan adik bongsu saya. Berbuka ler kami tiga beranak. Ok gak tu. Last year buka 2 orang jer. Hmmm.. tpi tu pun smpai minggu ni jer. Lepas tu, adik akan masuk balik ke Uni. Redha2...

Harini, Day 4 Ramadhan, saya datang kerja. Semalam saja bercuti. Malas datang kerja. Ngeh3x... Dapat lagi bermasterchef di rumah. Tapi harini macam tak sempat jer. So, apa lagi, pastinya akan menunjuk-nunjuk petang ini dengan bonda. Untung ler sapa yang duk rumah, leh main masak-masak.

Ok lah, nak continued kerja. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan.


Reactions:

0 comments: