12 July 2012

Bukan Rezeki Kita

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bukan rezeki saya... Itulah yang memerlukan saya menerima hakikat itu. Saya redha. Hanya DIA yang mengetahui bagaimana perasaan saya ketika mengetahui kebenaran itu.

Bagi saya better tak tau dari tahu. Fitrah manusia. Kekecewaan pasti ada. 
Kenapa saya diperlakukan sebegitu? 
Di mana salah saya, sehingga dia sanggup menidakkan hak saya? 
Saya tidak berhubung direct dengan dia, kenapa dia menilai saya sebegitu? 
Siapa dia dengan saya? 
Siapa dia untuk menidakkan hak saya? 
Siapa dia untuk terus membuat keputusan tanpa berbincang dengan orang yang sepatutnya memberi respon terhadap diri saya? 
Even, dia 'orang besar' di sisi pemunya syarikat, tapi saya tidak langsung menerima arahan dari dia.. He's not my boss. 
Janji telah diputuskan sewaktu saya menandatangani direct reporting line. Tiada perkaitan dengan hal-hal kebajikan saya.
Ianya hanyalah berkaitan dengan arahan dari HQ sahaja.
Soal kebajikan, soal increment, soal bonus, soal cuti hanya yang berhak hanyalah ketua saya yang mengambil saya bekerja disini. Tapi kenapa dia nak 'cantas' semua orang. WHO ARE YOU???

I'm shock!!! Saya betul-betul terkezut. 
Tapi bila dah lama-lama, saya akui, kalau ada rezeki saya, adalah. Kalau tak dak, nak buat mcm mana. 1 saja yang saya terfikirkan. Apa yang dia dapat, kalau sekat dia 'rezeki' saya? Cha Ya nun alif.....

Apa pun, saya berterima kasih pada boss saya disini sanggup mempertahankan saya. Terima kasih Tn. Hj. Beliau tau macam mana saya bekerja. Beliau lebih mengenali saya.  Di pihak saya, saya pasrah. Tapi dipihak beliau, beliau sangat frustated. Disebabkan beliau lebih mengenali saya dan tahu cara saya bekerja, mungkin expectation dan recommendation di pihak beliau, tidak dapat diterima dipihak mr. D. Saya tak tahu, berapa kenaikan yang diberikan oleh beliau terhadap saya. Saya tak tahu pun akan adanya peng'upgrade'an level saya sekarang. 

Walau apa pun yang terjadi antara mereka, terima kasih Allah atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada ku selama ini. Engkau berkatilah rezeki yang aku terima.... amin...

Pesanan dari beliau, "Fath, kalau u nk resign, u jangan resign selagi saya masih di sini. " Saya hanya tersenyum. Boss, jangan la percayakan saya sangat. Saya tahu, beliau sangat mempercayai saya. Selalu memberi semangat pada saya untuk terus kekal di sini. Sekali lagi, mereka sukar untuk melepaskan saya. Jika suatu ketika dahulu, sewaktu di firma audit (compapny cha ya nun alif), turut begitu. Sanggup memberi masa seminggu kepada saya untuk terus berfikir kembali dengan keputusan yang saya buat untuk resign. Sanggup naikkan gaji saya. Sanggup bagi bonus 2 3 bulan. Tapi, apa yang saya dapat bila mana, saya dah tiada hati untuk bekerja di situ. Demi mempertahankan 'tiang solat' saya sanggup lepaskannya.  Saya nekad. 

Tapi bila situasi saya berubah, dimana, saya sangat senang bekerja di sini, sangat selesa dengan orang2 dan environment di sini, so saya akan terus disini untuk beberapa ketika lagi. 

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, 
asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."


Wallahualam...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: