30 July 2012

10 Ramadhan 1433H

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Assalamualaikum semua.
Hari ni dah masuk 10 Ramadhan. Alhamdulillah.
Selama 9 hari berpuasa, dan 10 malam bertarawikh, adakah kalian termasuk saya memanafaatkan setiap waktu-waktu yang dilalui? Sama-samalah kita bermuhasabah diri masing-masing.

Semalam, seusai selesai mengerjakan tarawikh, tiba-tiba, kenangan berpuasa semasa zaman belajar, mengamit kembali. Sebenarnya seronok bila memikirkan kembali keadaan itu.
Rindu sangat. Beriftar bersama roomate, dan bersahur bersama dan adakalanya sendirian.

Telah dididik dan diajar sejak kecil, sahur itu sunat diamalkan.
Kalau kita buat, kita akan dapat pahala bersahur.
Dan menjadi kewajipan kepada saya dan keluarga untuk tidak mengindahkan sahur.
Dulu, pastinya bonda saya yang sediakan juadah.
Tapi bila dah meningkat belia, semua tugasan ketika sahur, paham2 sendiri ler. 
Isokay... dah biasa.

So, ketika zaman belajar dulu pun, saya lah yang menjadi penggerak rakan2 bilik.
Selesai masak air, letak semua juadah yang dibeli di awal pagi, saya akan mengejutkan rakan-rakan bilik.
Sanggup turun 2 3 pagi semata-mata untuk mendapatkan juadah yang masih panas-panas.

Ok lah, setakat ini dahulu.
Saya pun nk mulakan kerja pejabat saya.

Selamat Berpuasa semua....
Semoga ramadhan kita sema dirahmati oleh Allah s.w.t.
Amin....

~ xoxo ~
Fath_Niesa
 
 

Reactions:

0 comments: