31 July 2012

Silent Mode

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

I always say it.

"sometimes its better not to say anything..."

So pls, selepas ni, jangan tanya ke mana saya pergi, ke mana saya menghilang, atau apa jua persoalan. 

Why?

No reason. 

---------------------------------------------------------------------------
Bermonolog sendirian....
Saya, kamu berbeza. Tapi kita tetap sama. Iaitu sebagai hamba-Nya.

Yup. Berikan saya masa, ruang dan waktu.
My friend said, "u terlalu kuat bekerja... tgk sekarang, u tiada ruang utk bersosial, tiada masa untuk spent time dengan mereka yang close dgn u...."

Eh! Minah ni. Sesuka hati jer kata kat aku.... 
Ye ker??? No lah. Ada saja masa saya. 

Sejujurnya, ingin saya katakan, saya lebih suka spent time di rumah. Mungkin orang lain tak setuju dengan prinsip saya. Bagi saya, saya dah bekerja 5 hari seminggu. So, saya hanya ada 2 hari saja untuk spent time sepenuhnya. Dan masa inilah yang digunakan oleh saya untuk pergi ke pasar, mengemas rumah, iron baju-baju kerja. Masak? Kadang-kadang bergilir dengan bonda saya. Depends pada keadaan. Selalunya bonda. Sebab masa cuti-cuti ni la dapat makan dari biasa dri air tangan bonda sendiri.

Saya akan keluar bersiar-siar, jika semua kerja-kerja saya betul-betul selesai.
Saya ada target. Setiap kerja, kena disempurnakan pada masa yang ditetapkan.
Dan saya suka planning. Dari planning itulah saya boleh adjust semua kerja-kerja saya.

So, kalau member-member yang ingin ajak keluar disaat-saat akhir, saya agak keberatan sedikit. 
Bukan soal nak siapkan diri sendiri. Soal ni, saya kot paling cepat bersiap. 
Biarlah orang nak kata apa, saya tetap saya.

Suka lepak rumah. Beriadah. Rehat sepenuhnya dirumah.

Menonton wayang???
Hah!!! Bercakap mengenainya, untuk pengetahuan kalian, setakat ini, bagi tahun 2012, saya baru menonton 2 movie. Semuanya genre yang ringan-ringan saya. Mail Lambung dan 3 temujanji. :)

Seumur hidup, baru 2 kali menonton wayang waktu malam. Kedua2nya bersama adik saya. Bersama teman, saya tidak berapa suka untuk menonton di waktu malam. Semuanya sebab ingin menjaga batas pergaulan. Jika saya menonton diwaktu malam, wayang nak habis jam berapa? Lepas tu sure lepak-lepak makan lagi. So jam berapa saya akan pulang ke rumah? So, maaf pada teman-teman saya terpaksa menolak ajakan kalian.

Dan saya juga meletakkan border untuk diri saya, jika saya keluar diwaktu siang, paling lewat saya perlu sampai dirumah adalah jam 9malam. 

Tetapi, adalah sebaliknya, jika keluar makan-makan bersama teman, saya akan pulang selewat-lewatnya sebelum jam 12.30mlm.

Anak lelaki dan anak perempuan lain.
Seperti dosa juga.
Dosa anak lelaki, akan ditanggung mereka sendiri.
Tetapi dosa anak perempuan, akan ditanggung oleh ibubapa saya sendiri.
Tegar benar saya memperlakukan mereka sebegitu???

Apa pun, jaga diri masing-masing.
Jangan mudah percayakan orang sekeliling kita.
Sikap berhati-hati dan curiga itu perlu ada dalam diri kita terhadap orang sekeliling.
Jangan terlalu percaya 120% k....

Ni last entry bagi bulan July 2012.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga ramadhan kita untuk tahun ini penuh barakah...

Wallahualam...
Assalamualaikum.....

~xoxo~
Fath_Niesa
11 Ramadhan 1433H 

30 July 2012

10 Ramadhan 1433H

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Assalamualaikum semua.
Hari ni dah masuk 10 Ramadhan. Alhamdulillah.
Selama 9 hari berpuasa, dan 10 malam bertarawikh, adakah kalian termasuk saya memanafaatkan setiap waktu-waktu yang dilalui? Sama-samalah kita bermuhasabah diri masing-masing.

Semalam, seusai selesai mengerjakan tarawikh, tiba-tiba, kenangan berpuasa semasa zaman belajar, mengamit kembali. Sebenarnya seronok bila memikirkan kembali keadaan itu.
Rindu sangat. Beriftar bersama roomate, dan bersahur bersama dan adakalanya sendirian.

Telah dididik dan diajar sejak kecil, sahur itu sunat diamalkan.
Kalau kita buat, kita akan dapat pahala bersahur.
Dan menjadi kewajipan kepada saya dan keluarga untuk tidak mengindahkan sahur.
Dulu, pastinya bonda saya yang sediakan juadah.
Tapi bila dah meningkat belia, semua tugasan ketika sahur, paham2 sendiri ler. 
Isokay... dah biasa.

So, ketika zaman belajar dulu pun, saya lah yang menjadi penggerak rakan2 bilik.
Selesai masak air, letak semua juadah yang dibeli di awal pagi, saya akan mengejutkan rakan-rakan bilik.
Sanggup turun 2 3 pagi semata-mata untuk mendapatkan juadah yang masih panas-panas.

Ok lah, setakat ini dahulu.
Saya pun nk mulakan kerja pejabat saya.

Selamat Berpuasa semua....
Semoga ramadhan kita sema dirahmati oleh Allah s.w.t.
Amin....

~ xoxo ~
Fath_Niesa
 
 

25 July 2012

Ramadhan Tiba ~ OPICK

BY Fath_n!e$@ IN , No comments


     
Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba 3X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Ramadhan tiba semua bahagia
Tua dan muda bersuka cita
Bulan ampunan bulan yang berkah
Bulan terbebas api neraka

Andaikan saja Ramadhan semua
Bulan yang tiba bulan yang ada
Karena besarnya setiap pahala
yang di janjikan kepada kita

Marhaban Ya Ramadhan 4X

Dalam bersahur ada pahala
Dalam berbuka alangkah indah
Menahan diri menahan lidah
Menjaga hati menjaga mata

Banyakkan amal hari-harinya pahala
Datang berlipat ganda
Berlomba-lomba untuk ibadah
Dunia bahagia surga nanti gantinya

Ramadhan tiba 3X
Ramadhan tiba 3X

Dan semoga setiap jiwa
Diberikan ampunan-Nya
Dan semoga hapus semua
Kesalahan setiap jiwa

Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X
Marhaban Ya Ramadhan 4X

Day 4 - 5 Ramadhan

BY Fath_n!e$@ No comments



Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Hari ni dah masuk hari kelima semua umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah

Semalam berbuka 2 orang jer. Saya dan mom. Adik berbuka di luar.
Alhamdululillah, tiada seberang pembaziran berlaku. Tapi sian kt mom, mencari makanan selepas terawih. hahaha... Kuih yang dibeli tertinggal di kedai semalam. Hmm, isokay, anggap jer tak dak rezeki. Rezeki orang lain. 

Kalian macam mana puasa? ok?
Alhamdulillah....

Tadi, sewaktu saya on the way ke office, di satu persimpangan traffic light (area ampang jajar) sebaik sahaja traffic light hijau, saya tergamam apabila ternampak percikan api di bahagian tayar lori sampah, betul-betul bersebelahan saya. Mengucap panjang.
Syukur, Alhamdulillah, penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Berharap agar, beliau seorang, tiada anak atau isteri di atas moto tersebut.
Moto berada dihadapan moto.

Saya jangkakan, motor tersebut kena seret dek lori sampah.
Diorang ni (kenderaan besar) bukannya ambik pot dengan penunggang2 motosikal.
Main redah saja. Peringatan saya pada penunggang, jauhi kenderaan yang besaq2. Bahaya pada kalian.

Api semakin lama semakin marak.
Pemandu lori sampah bersama pembantu, lari turun dari lori berkenaan.
Apa pun yang berlaku, syukur, Allah masih memanjangkan usia penunggang motor berkenaan. Alhamdulillah.

Apa pun, berhati-hati di jalan raya.

Ok.....
Jazakallahu khairan kathira ...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

24 July 2012

Ketenangan hati

BY Fath_n!e$@ No comments

Ketenangan hati adalah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

Keutuhan dan kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada sesuatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan  bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini, semuanya adalah milik mutlak Tuhan yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmuNya dan izinNya.

Seseorang yang menjalani hidup ini dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya. Menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta sentiasa berkata : “Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Kupenuhi segala permintaan kamu!” tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku.

Seorang anak kecil akan berasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi “ketenteraman” dan “ketenangan hatinyalah” yang tercedera. Kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis..sikit je tu. Nanti ibu sapukan ubat”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa “sakit” pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin ibunya memahami “penderitaannya” dan ibunya “mampu” mengubati luka dilututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Hal ini menunjukkan bahawa ketenteraman hati dan ketengan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Adalah menjadi satu hukum serta prinsip alam, sesorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui bahawa di sana adanya satu “kuasa” yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seorang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQnya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya perkatan-perkataan yang bersifat “teraputik” yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQnya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, “Bukankah dengan berzikir kepada Allah, hati akan menjadi tenang?” (Ar-Ra’d):28. Berzikir membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiranNya dan berasa keagunganNya dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu (dengan segala kebesaran dan kekuasaanNya) berada begitu hampir dengan dirinya masih boleh berasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan “nur” kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Allah berfirman. “ Dialah yang menurun ‘sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman” (Al-Fath:4). Sakinah bermaksud ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu dalam apa yang diperintahNya itu ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati seperti amalan zikrullahsolat, tafakur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak ‘buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan sekalian alam.
 

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...

BY Fath_n!e$@ No comments


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...

" Walau setinggi mana kasih sayangku, 
sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Day 1 - Day 3 Ramadhan

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.

Macam mana puasa kalian? Masih kuat? Kena ler kuat. Cuba bayangkan insan-insan yang terpaksa berpuasa sepanjang hidup mereka atas kekurangan yang terpaksa mereka hadapi. Mereka dah lali bila perlu menahan lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita kena bersyukur, makan minum, pakai kita semuanya mencukupi. So, jangan la berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran apabila membeli atau menyediakan juadah berbuka yer kawan-kawan. Peringatan ini juga adalah untuk saya sendiri, bukan sapa-sapa. Apa yang baik, kita ambik, yang buruk, tinggalkan sebelah atau boleh perbetul yang mana salah. Terima kasih kawan-kawan.

Sebenarnya, kalau boleh setiap hari saya ingin mencoretkan sesuatu sepanjang ramadhan. Cuma tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Jadi, makna kata, saya lump-sum kan saja dalam 1 entry. 

Day 1 Ramadhan
Alhamdulillah. Berpuasa pada hari Sabtu. So, time cuti tue. Kakak saya dari AS balik menyambut puasa dirumah. 3 dari 4 anak bonda saya berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Cuma Abg saya yang sulung dan family dia tak dapat sertai kami disebabkan bekerja. Hmm...redha. Time sahur pun paling kecoh. Kecoh dengan kebangkitan 2 anak buah saya yang turut sama kalut untuk bersahur. Dan pastinya berebut2 nak duduk sebelah CT mereka. hmmm.... Makan tak, tapi mulut jer pot pet pot pet. :) Tapi selepas berbuka, mereka semua berangkat pulang. Sebab keesokkan harinya akak saya keja. So sunyi ler

Day 2 - 3 Ramadhan
Sunyi skit. Sebab diorang semua dah balik. So, tinggallah saya, bonda dan adik bongsu saya. Berbuka ler kami tiga beranak. Ok gak tu. Last year buka 2 orang jer. Hmmm.. tpi tu pun smpai minggu ni jer. Lepas tu, adik akan masuk balik ke Uni. Redha2...

Harini, Day 4 Ramadhan, saya datang kerja. Semalam saja bercuti. Malas datang kerja. Ngeh3x... Dapat lagi bermasterchef di rumah. Tapi harini macam tak sempat jer. So, apa lagi, pastinya akan menunjuk-nunjuk petang ini dengan bonda. Untung ler sapa yang duk rumah, leh main masak-masak.

Ok lah, nak continued kerja. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan.


23 July 2012

Concern

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye frens....

Last week, my sister (bukan kakak kandung yer.....) surprised me with 1 question.... "Macam mana?" Hmmm... i already understood her question. "just follow the flow sis. Ada.adala...xdak,pun xdak la. Jodoh itu kan rahsia Allah."

Yeah!!!Aku dh relevan sekarang. Not to think bout him anymore. Alhamdulillah. Hopefully, i'm free from heart2 feeling. Penat? Mungkin. :)

And my sis berharap agar aku tidak menutup pintu hati aku sepenuhnya..... Ya Allah, kakakku....sampai ke situ risaunya yer terhadap aku. I know u concern bout me. Thank you sis. InshaAllah, i'm ok. even not....hahhaa... ok aih, mana der tak ok. Kalau tak ok, makna kata aku menidakkan takdir DIA buat aku. 

InshaAllah, hari itu akan tiba...


19 July 2012

Bukakanlah Hatimu....

BY Fath_n!e$@ IN No comments

 Assalamulaikum,
 
Kata2 Ustaz ni selalu berjaya mengetuk & membuka minda kita.
Nak tahu apa pula ayat POWER dari Ustaz Azhar Idrus kali ini? Jom baca~!


BerTUDUNGlah walau
TERPAKSA.
SOLATlah walau
TERPAKSA.
PUASAlah walau
TERPAKSA.

Kerana KEWAJIPAN
itu memang
KADANGKALA sifatnya
TERPAKSA..

Dari KETERPAKSAAN
itu,,
Perlahan2 kita akan
menemukan HIKMAH
dan,,
AKHIRNYA HATI kita
menjadi IKHLAS
keranaNya..

Kalau nak TUNGGU
IKHLAS,,
SAMPAI BILA nak
tunggu baru nak
berIBADAH???..

HIDAYAH perlu DICARI,,
BUKAN DITUNGGU..
Macam MAKANAN,
kalau tak suap,,
Ia takkan masuk ke
dalam mulut..

Ramadhan 2012

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, dapat jumpa lagi yer kita di entry yang lain pulak.
Ramadhan muncul kembali.

Mari kita muhasabah diri kita, sepanjang tahun lepas, apa yang membuatkan ramadhan kita tidak cukup 'hebat' disisiNya. Here and there, ada saja kekurangan. Am i rite? Nak kata tak bergossip, pasti ada juga. Membaca ayat-ayat Quran, berapa helaian setiap kali solat 5 waktu kita habiskan? 1 hari 1 juzuk? Atai 1 waktu. 1 helaian? Hanya kita dan DIA yang mengatahui akan amalan kita sepanjang tahun lepas.

Bagi kaum2 hawa (termasuk saya), puasa ganti macam mana? Last minute? Renung-renungkan. Tapi jangan ingat kaum hawa saja yang terpaksa menggantikan puasa yer, kaum adam pun ada jugak. Tapi mungkin ada reason masing-masing. Islam ini mudah. Sikap kita saja yang kadang2 membuatkan ianya susah. 

Doa saya, semoga tahun ini, ramadhan saya penuh pengisian, penuh barakah dari Ilahi. dan berdoa agar dapat penuhkan 30 hari berpuasa. InshaAllah.Amin. 

Kepada kawan-kawan, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. 
Jaga mata. Jaga hati. Jaga tutur kata. Jaga perlakuan. Jaga ibadah.
Marilah kita berlumba-lumba merebut tempat yang terbaik disisi DIA yang Esa.
InshaAllah.


 10 High Priority Acts to be Performed in the Month of Ramadan:

        Recitation of the Qur’an (in Arabic)
        Studying the Qur’an (reading the translation and explanation)
        Tarawih Prayer (Recommended Ramadan prayers)
        Qiyam al-Layl (Voluntary night prayers)
        Performing all five prayers on time
        Praying in congregation when possible
        Refraining from lying, backbiting, gossiping, and cursing
        Refraining from excess television and social media
        Fixing our relationships with family and friends
        Giving as much charity as possible


 


17 July 2012

Life vs Love

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

  • Why is it that we love the ones who ignore us and ignore the ones who love us?
  • Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never met.
  • Sometimes what you want isn't always what you get, but in the end what you get is so much better than what you wanted...
  • You can close your eyes to things you don't want to see, but you can't close your heart to the things you don't want to feel...
  • Life is about trusting your feelings and taking chances, losing and finding happiness, appreciating the memories, learning from the past, and realizing people change...
  • Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end...

Peace Run 2012

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Sobahannur.
Selamat pagi.
Nei how maaa...nanderey (betoi x yang ni??)


Entry kalini nak story morry skit aktiviti saya pada hujung minggu yang lalu. Saya  bersama teman-teman bermarathon!!! Weeehuuu...Sudah lama meninggalkan aktiviti seperti ini. Dah lama sangat tak berlari jarak jauh. Teman-teman yang menyertai marathon ini adalah Sis Sakinah, Mern a.k.a dayah, Milia, dan Amirah. Penarikkan diri disaat akhir Atie, Hasanah, Acap dan adiknya. So kami ber5 berentap dalam marathon kali ini. 

Bertempat di Taman Belia (Youth Park) tepat jam 7.30,bendera dilepaskan menandakan bermulanya larian kami semua. Ramai... Hampir 3000 peserta seluruh Penang. Kami tiba di perkarangan dalam jam 7.15pagi. Alhamdulillah sempat. Mencari parking yang lama. Full!!!

Jarak marathon adalah 6km. Biasa la, dah stop gym hampir 2 bulan, nak mula balik, pfff, ambik nyawa gak ler. Kitaorg marathon dan walkathon sama banyak. So larian kami mengambil masa 1 jam lebih. Sekejap  jer...Melihat jam ditangan baru jam 8.30minit. Hmmm, ingatkan sampai 2, 3 jam. Ngeh3x...


Tapi, tetap berbangga kerana dapat menghabiskan dan menamatkan 6 km. Tahniah kawan2....Tahniah juga pada mereka yang sememangnya bertuah pada hari itu, sis Sakinah dan Amirah.


~ xoxo ~
Fath_Niesa


16 July 2012

"Kehilangan"

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Last two weeks, 'kehilangan' seketika saya menjadi tanda tanya.
Lenyap seketika dari layan sosial FB.
Tiada status-status terbaru yang selalu di update di lama mukabuku.
Ke mana saya?
Ada disini saja. Tidak kemana-mana. Hanya lenyap seketika mencari dan membuang sebahagian memori yang bersawang.

Jom layan gambar sahaja. 
Kali ni, saya tidak membuat 'travelog' seperti sebelum-sebelum ini. 
Untuk kedua kalinya saya menjejakkan kaki di Bandung, Indonesia.
Penerbangan mengambil masa 2jam 30minit. Bertolak dari PIA pada jam 9.30malam dan selamat mendarat di Bandung's Airport tepat jam 11.00 malam bersama 10.00 pm waktu Bandung.

Harap-harap, lepas ni, tiada lagi trip ke Bandung. :)

Selamat tiba di Bandung
Penginapan rasmi 4 hari 3 malam - Hyper Inn
Kecil...Tak sesuai untuk yang berfamily
Our Dinner. Nasi Putih dan Pacelele..Sambal sangat pedas
My breakfast. Nasi Goreng
Dari luar hotel
On the way to Tangkuban Perahu for the second time
Rp 2,500 = RM0.80
Menaiki kenderaan rasmi untuk naik ke atas, Van
Gunung berapi yang masih active dan masih berbau belerang
It's Me
Lunch - Masakan dari Sunda
Buffet
My Lunch
Toko pertama - Shopping Blause
Toko kedua - Donatello. Kedai kasut berjenama. Price, murah2 jer. Around Rp200,000
Grab!! Me and Mom
Donatello
Toko ketiga - Heritage
Toko ke-empat - TOKO TIGA = Jeans original murah2
Dinner at Restoran Mitra - Masakan Padang
Our dishes
Us
My breakfast for 2nd day
Toko Kelima - Pasar Baru
Luncheon at Paradise. Chinese Food
Our dishes for lunch
Dinner at Restoran Sederhana

In front of Rumah Mode
Shopping at Rumah Mode - Toko ke-Enam
Welcome to Rumah Mode
Time for packing
Barang-barang yang di shopping
Last day at Trans Studio Mall
Trans Studio Bandung like USS
My group leader
Our delegation from Malaysia
At the Airport. Check-in time
Banyak tak???? Tapi my luggage hanya 19kg jer. Balance lagi 21kg
Kencangkan Sabuk Pengaman Selama Anda Duduk!!!

 ~ xoxo ~
Fath_Niesa