07 June 2012

June In Joy ~ Unhealthy

BY Fath_n!e$@ IN No comments

(tak sesuai jer J.I.J tu..)

Assalamualaikum semua.
Now saya nak kongsi sedikit kesedihan dan kerisauan saya terhadap anak buah saya yang seorang itu. Ada 4 orang anak buah setakat ini, dan she the only one yang paling kecik. Berusia dalam 1 tahun lebih. Doktor kata dia terkena jangkitan H1N1. Ingatkan dah habis. Sebabnya dah tak kecoh-kecoh.

Hari ni ambik half-day dan trus shoot ke KMC untuk ketemu sama si cilik yang bijak n comel itu. Sebaik pintu dibuka, dah dengar tangisan dia meminta tolong si mata. Saya cuba mengendap di sebalik tirai. Adik kena bedung!!!! Nurse tengah buat fisio pada adik. Adik terperasan saya dan mom sampai. Hanya mampu melihat dari jauh. Jauh disudut hati saya, sedih dan sayu mendengar tangisan si kecil. Ya Allah, Engkau permudahkan segalanya.


Adik tidak mampu untuk mentafsirkan dengan kata-kata. Pitam macam mana? atau Mama, adik nak muntah..sakit mama...' Saya hanya melihat muka adik pucat. Tau dengan pandangan mata dia, dia nak saya bantu. Hanya mampu men'cooll' kan adik. 

Kebetulan doktor datang. She said, my nieces look different today.. Off course, sebab achik n siti datang. So dia ceria dan menjamah makanan yang di bawa. Melayan karenah mereka, bukanlah satu bebanan buat saya, tetapi sesuatu kekuatan. Merekalah permata hati saya. Hari-hari saya akan reply video called yang saya record.  Bagus jugak teknologi sekarang. Bila setiap kali tengok, pasti air mata tidak berhenti mengalir. Kalaulah sakit2 yang mereka alami boleh ditranferkan pada saya kan bagus.  Allah Maha Adil. Allah sayang mereka. Allah sayang kami semua. Allah tidak akan menduga hambaNya tanpa mengukur keupayaan dalam menghadapi sesuatu musibah. 

Terima kasih Allah. Engkau membuatkan kami semua lebih kuat dan bersamaMu. Amin...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: