25 June 2012

June In Joy ~ Tak Sabar

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Tak sabar???
Apa yang tidak disabarkannya cik FKZ oiii....



hmmmm




pastinya ramadhan..... 




korang nak tau brapa hari lagi kita semua umat Islam seluruh dunia akan berpuasa?Tinggal 25hari sahaja lagi tau... Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Yang gugurl diluar sana, puasa dah selamat ganti ker yang tahun lepas? Hopefully dah yer. Jangan tunggu last-last minute. Kalau x nak buat time syawal, posa 6 dulu, ambik peluang dalam bulan rejab mahupun syaaban. Alhamdulillah, kalau semua dah langsaikan hutang masing-masing. (peringatan utk saya juga). But jangan ingat kaum hawa saja yer yang meninggalkan puasa atau dapat, ABC, kaum adam juga. Atas sebab apa, hanya mereka dan DIA sahaja yang tahu. Bagi yang kurang berkemampuan tu, kita semua dah tahu dan faham, so tak perlu nak dipertikaikan kemampuan mereka. 

Takpo, Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui. Apa yang penting, kita kenalah menjaga hubungan kita sesama DIA, bukan hanya hubungan kita dengan manusia saja,tapi yang penting, hubungan kita dengan Allah, Yang Maha Esa. 

Jaga tatatertib  kita sepanjang dalam bulan mulia ramadhan ini. Marilah kita berlumba-lumba merebut peluang keemasan ini. Jaga mata. Jaga hati. Jaga nafsu dan segala-galanya. Semoga semua amalan sepanjang bulan ramadhan akan diterima olehNya. Amin. 

Saya tidak mengatakan bulan lain tak bagus k. Jangan salah tafsirkan penulisan saya ini. Setiap bulan adalah baik, dan bagus. Cuma ramadhan merupakan bonus untuk semua umat Islam berlumba-lumba mengumpul bekalan masing-masing di akhirat sana kelak.

Wallahualam...

~ xoxo ~
Fath_Niesa


Reactions:

0 comments: