21 June 2012

June In Joy ~ My Activities

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye guys...
How are you? Fine? Alhamdulillah. (mood:spekang kekunun....:)
Sedikit berhabuk yer blog saya. Ish2, xnok malas2. 
Fuh! Fuh! Fuh!.. ha dah terbangkan habuk2 degil ni.

Pesanan penaja: Jaga kesihatan yer kengkawan.... Terima kasih

Hadiah berkumpulan. Team saya terdiri daripada Razak, Malik dan saya. Total jatuhan pin 1011 pin
Sebenarnya saya sekarang ni dalam proses pemulihan. 3 serangkai datang menyerang, demam batu n selesema. Kalau ikutkan tahap ketidaksedapan badan ni, dari hari Jumaat lagi. Bertambah teruk hari Sabtu dan Ahad. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca yang kurang baik disekitar saya. Berjerebu antara puncanya. Ikutkan IPU setakat hari ini, 65 tapi ianya masih diketegorikan dibawah sederhana. Walaupun sederhana, tapi sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan kita. Jadi, kurangkan sedikit dahulu aktiviti luar yer kengkawan. Bila udara dah ok, kita continue balik. 
Bersama team Geotechnical Penang
Kak yanti (Adm.Exec) & Akma (Acc.Asst.)
Gaya poyo
Baru selesai 2 program serentak pada hari Sabtu yang lalu. Program rasmi. Sukan dan Dinner. Walaupun perancangan hanya 2 minggu, tapi dengan komitmen setiap kakitangan Ikram Utara, membuatkan segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Cuma pergerakkan saya sedikit terbatas dalam keadaan diri yang kurang sihat. Ditambah dengan bebelan dari orang tersayang. Huaarrghhh!!! lagi ler sakit macam ni. So memang malas nak layan. Saya diamkan diri saja. Dan bila dah sakit-sakit ni, diri pun mula ler tersensitif lebih. Baik diam dari bercakap. Kalau tak rugi jer ayaq mata. Dah ler air yang mengalirkan dari mata pun panas. 

Tapi tetap bangga dengan diri sendiri, walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, masih mampu memberikan komitmen sehingga ke akhir garisan kata orang. Saya masuk bowling. Futsal tak dak team. G pun dah retired. Bowling tak berapa nak perform. Hanya tempat ke2 dari 13 kumpulan dan tempat ke-4 dari 39 pemain. Dan score paling tinggi yang saya buat pun hanya 158pin. lagi 2 game 84 pin + 118 pin. Memang tak perform. Malu jer dengan diri sendiri.

Khairul Junior ~ Naufal 1

Ok lah, nak continue kerja, skit lagi. Pastu nak g lepak kt RNR.... :)

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: