03 June 2012

June In Joy ~ Kenduri

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye guys...


What's up? Bagaimana hari minggu kalian? Banyak ok ker?


Rasanya sesuai dengan pemilihan J.I.J dan juga permulaan entry bagi bulan June ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada semua bakal-bakal pengantin mahupun baru selesai menjadi raja sehari. Bermula dari minggu sampai la hujung  minggu depan (sebab cuti sekolah 2 minggu) so banyak la kenduri kendara di sana sini.


Semoga kalian terus mendapat keberkatan di dalam hidup berpasangan dariNya. Kekal hingga ke syurga serta dikurniakan 'anugerah' yang comel2... Lumrah kehidupan manusia, adakalanya langit tak selalu indah. Pasti ada mendungnya. Dan pasti juga ada pelanginya. Itulah warna warni kehidupan. Terus bersabar, tolenransi dalam setiap hal, letak jauh2 ego masing-masing jika kita mahukan kebahagiaan milik kita. InshaAllah.... Dan paling penting loyalty/kesetiaan dan tiada rahsia antara suami isteri. Walaupun sekecil zarah.....


Panjang betul ucapan saya. Macam berpengalaman pulak...hehehe... Berpengalaman tiada, tetapi pengalaman orang-orang sekeliling menjadi rujukan saya....


Dalam berpasangan mahupun berumahtangga, kita bukanlah mencari kesempurnaan... Tetapi berusaha untuk saling menyempurnakan dan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain....


Untuk saya, berusaha berdoa dan terus berdoa untuk kebahgiaan saya sendiri. InshaAllah, jodoh saya pasti ada. Seperti kata UAI, "orang yang masih single, bukan tak cantik/kacak, tetapi CINTA mereka mahal dan hanya untuk yang SAH sahaja..." So, still keep the word just for my Mr. Right...


~ xoxo ~

Fath_Niesa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Reactions:

0 comments: