06 May 2012

May In Freedom ~ Mukadimah Percutian

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
Rasanya ini merupakan entry saya yang ke-3 bagi bulan May. Hmmm, M i rite dear??? (mode#mls nak semak baik entry b4 this)
Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk updatekan blog bagi percutian saya kali ini. Walau bagaimana sibuk sekalipun, saya pasti akan berkongsi dengan kalian mengenai xtvt sepanjang keberadaan saya di Singapore & Johor. Seperti sebelum2 ini, saya berkongsi dengan kalian, like travelog juga bahhh.... (sabah pulak dah....mode berada di Sabah masih terasa. kapan mau sampai lagi yer???)

Ok la, ini sekadar mukadimahnya dahulu k. Akan ada susulan Part 1 and Part 2. Stay tuned.

Untuk pengetahuan semua, kali ini percutian melibatkan semua staff IKRAM. Bagi menghargai mereka yang telah banyak mengerah keringgat, mencurahkan segala tenaga kepada syarikat, so kami pun decide untuk pergi bercuti-cuti tanpa melibatkan ahli keluarga. Just for staff. Dan company hanya sponsor and support staff only. Perancangan di buat dalam masa 6 minggu. Bermula untuk membuat family dan. Tapi kebanyakkan mereka tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan, tambahan kos yang banyak diperlukan. So pihak mgnt decide untuk hanya pergi bercuti. Destinasi yang telah dipersetujui adalah ke Hatyai-Songkla. Tapi beberapa hari selepas pembayaran deposit dibuat, telah berlaku pengeboman di sebuah hotel yang agak terkenal di hatyai. So penarikkan diri di saat akhir dibuat. 

Sejujurnya, saya agak penat menguruskan semua ini. Dengan pelbagai karenah manusia, tapi supporter terbesar saya iaitu my big boss, menguatkan saya untuk meneruskan usaha untuk teruskan juga perancangan ini. Segala ragam terpaksa saya hadapi. Memandangkan Hatyai mahupun Singapore saya tidak pernah sampai, so kami membuat keputusan untuk menggunakan khidmat agency. Alhamdulillah, 2-2 ajensi sangat membantu saya dalam hal ini. Cuma sedikit terkilan, bila usahasama bersama ajensi pada awalnya terpaksa dibatalkan atas sebab2 tertentu. 

Pening memikirkan ke mana harus ditujui, 1 meeting tergempar diadakan. Bunyi blakang pasti ada Itu lumrah. But saya kena juga move on. Semua yang berada di office dipanggil untuk masuk bilik meeting bagi membuat keputusan terakhir. Dan saya juga bersuara, jika kali ni tak tak, so no more percutian lagi. Saya  dah betul2 surrender time tu. Banyak pendapat diutarakan. Ada yang mahukan family day, dan ada juga mahukan percutian. tapi final result adalah percutian. Destinasi? Singapore. Itu pasti bagi menggantikan trip ke Hatyai. Beberapa syarat dipersetujui. Alhamdulilah. 

Memilih the best ajensi, akhirnya kami bersama TMJ Mesra Travel & Tours. Sangat murah. dan service tip top. Segala procedure group passport semua diuruskan oleh saya dengan bantuan Akmar. Alhamdulillah, segaa proses pembayaran dan urusan passport selesai sebelum perjalanan kami. Terima kasih pada semua yang memberikan kerjasama di saat-saat akhir. 

Nantikan n3 seterusnya mengenai sepanjang perjalanan, dan xtvtkami ke sama.  Oh, lupa nak inform, kos untuk 3 hari 2 malam ke JB-Singapore bagi 38 orang adalah RM195.00. Murah??? Pasti.

Sebelum saya mengakhiri entry mukadimah ini, saya ingin memohon beribu keampunan sepanjang percutian,dan pengurusan jika tidak memuaskan hati semua pihak. Pada pihak TMJ, u r the best. Jumpa di next trip. Service korang tip top. 

~xoxo~
Fath_Niesa




Reactions:

0 comments: