22 May 2012

May In Freedom ~ Ketenangan

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua,
Semoga keadaan kalian sihat disamping mereka-mereka yang disayangi dan menyayangi kamu. Alhamdulillah.

Hidayah itu milik Allah. Begitu juga dengan jodoh. Dan yang paling asasnya adalah kita. Kita yang bernyawa, makhluk di atas muka bumi ini termasuk tumbuh-tumbuhan merupakan milik DIA kekal abadi selamanya. 

DIA boleh meniupkan hidayah ke dalam jiwa orang-orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam, malah mereka yang mualaf ini lebih baik dari kita yang sejak azalinya adalah Islam. Sejujurnya saya malu dengan diri saya sendiri. Malu terhadap mereka yang begitu bersungguh-sungguh ingin menjadi hambaNya yang terbaik. Kenapa tidak saya??? Kenapa tidak kamu??? Kenapa tidak kita??? Berlumba-lumba mencari keredhaan-Nya. Allahuakbar.... Hidup hanya sekali, janganlah kita sia-siakan peluang yang diberikannya. 

Penulisan saya bukanlah sekadar untuk kalian yang membaca, tetapi ianya lebih kepada memperingatkan diri saya tentang kematian. Mati itu pasti. Bila kita mati, itu tidak kita ketahui. Boleh jadi 5 tahun lagi. Mungkin 1 tahun, mungkin 1 bulan lagi, seminggu lagi, atau esok, ataupun sebentar lagi. Hanya DIA yang mengetahuinya. 

Sedaya-upaya melapangkan masa setiap bulan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu akhirat, InshaAllah. Menetapkan sendiri landasan agar tidak tersasar. Semoga semuanya dilindungi oleh Allah s.w.t.Sejujurnya, hanya 3 pendakwah yang betul-betul menarik minat saya untuk ke majlis ilmu mereka. Mereka adalah Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ustaz Kazim Elias (UKE), dan Ustaz Don Daniel. 

Pada minggu yang lepas, Allah telah memilih saya untuk terus berada di majlis ilmu bersama UAI. Subhanallah, sebak didada rasanya bila melihat akan kehadiran anak-anak muda turut sama solat jemaah di Padang Kota yang luas itu. Sehingga stage juga ada makmumnya. Ini merupakan kali kedua saya hadir ke kuliah UAI selepas di masjid negeri 2 bulan yang lalu. Tak terhitung ramainya umat Islam ketika itu. Alangkah indah dan bahagianya jika kita semua umat Islam bersatu menegakkan syiar Islam, bukan berbalah sesama sendiri. Letakkan jauh2 ideology politik bila berbicara dan mempertahankan akidah Islam ini. 

Setiap orang ada pandangan mereka sendiri terhadap politik masing-masing. Tetapi, bila bercakap mengenai Islam, undang-undang hanyalah satu, rujukan kita juga hanyalah satu, dan ketua dan tuan kita hanya satu, iaitu tuan kita pastinya Allah dan rujukan undang2 kita hanyalah Al-Quran. 

Semoga majlis-majlis seperti ini akan terus dikekalkan dan dianjurkan setiap hari. 

Wallahualam.....

~ xoxo ~
Fath_Niesa
Insan hina lagi kerdil disisiNya






Reactions:

0 comments: