28 May 2012

May In Freedom ~ Closing

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua....
Salam sore....

#best gak time2 mood dok ada ni, sambil menaip sambil berlatarbelakangkan lagu jiwangsss karatzzzz yang islamik "ku pinang kau dengan Bismillah"#

InshaAllah, entry kalini merupakan entry penutup atau dalam kamus akaun closing account as at 31st May 2012. 
Selalunya untuk account company saya, 28hb ni semua dah kena release, especially revenue. Apa-apa entry yang nak declace as income or expenditure, setakat 28hb sahaja. 
Kalau melepasi 28hb, akan declare pada bulan hadapan.

Tak sah kalau bercakap soal-soal kerja kan? It's normal.
Itulah kata orang, lumrah manusia. Lagi pun, selagi kita tidak tutup mata, selagi itulah kita bekerja, selagi itulah kita belajar kerana kita akan sentiasa belajar benda-benda yang baru pada setiap hari. 
Tak cayo??? Cayolah kato den nih..... Belajar menghadapi manusia yang pelbagai ragam, pun merupakan learning process. Betul???? kan, cek dah gtau awai2.....

Lately ni, sakit kepala kerap menyerang saya. Mungkin faktor lense sama. Seperti biasa, sikap penangguhan dalam menitikberatkan kesihatan sendiri. hahaha...
Minggu lepas, 2 hari terbaring. Gagahkan diri untuk drive ke Penang Sentral untuk menjemput BFF dari KL kerana ada kenduri pada sebelah petangnya.Sampai sahaja dirumah, terus tidur walaupun tidak mengantuk. Tetapi bila pejam kan mata, at least sakit tu kurang.

Keesokkan harinya, mom ajak g kenduri. Ikutkan hati memang x nak pergi. 
Sedaya upaya menjaga pergerakkan agar otak tidak terlalu menerima tekanan akibat hentakkan kaki... (sampai macam tu sekali...tapi sejujurnya, memang sakit mcam kena cucuk dengan jarum saja bila terlalu banyak pergerakkkan..)
Setiap pergerakkan dalam jagaan..undercontrol. Mom minta tlg drive pun, saya tak mampu lagi. Sebaik saja balik kenduri, saya terus lelapkan mata dalam kereta. Migrain???
Memang saya ada migrain. Tapi ini bukan migrain.Kalau yer pun , ini hanyalah minor bagi saya. 

Sendiri tahu, akibat tidur yang tidak teratur, dan makan tidak jaga antara penyumbang utama. Tapi saya tetap saya. Masih berdegil dan memandang tersangat ringan akan bila tibanya bab makan. Especially skip breakfast..... :)

Hari ni, untuk kesekian kalinya saya diminta untuk jadi emcee...
Pfffff!!!! Memang nebes tak yah cerita.
FKZ memang selalu nebes terlebih bila sebelum tiba masanya.
Once dah sampai masa kena present or emcee, cool...chillax....

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Yeay!!!!!!!!!!!!! akhirnya dapat jugak buat.
dan hari ni juga saya merangkap cameragurl dan videogurl....
Tak giler kuasa kooo...hambik semua...
Berpanas, berpeluh haku jugekkkkk....

Salah sorang staff company saya memperingatkan saya :
"Kak fath, jaga2, nanti ada org jkr ngorat...."
Jawapan saya:
"Kalau diorang ngorat apa salahnya. korang jugak dok tanya bila dapat makan nasi minyak kak fath...ni korang suruh kak fath berjaga-jaga... tak rela ler tu melepaskan kak fath korang ni...hahaha..."
 
Tak rugi kalau kita berbaik dengan orang bawahan ni. Diorang pun sama macam kita. Ada perasaan.
Diorang juga tak kedekut tenaga kalau kita minta tolong apa-apa dari diorang.
Dan sebab itu juga la, kalau ada apa-apa hal, diorang akan masuk dalam bilik saya untuk minta tolong apa-apa. Saya juga dijadikan rujukan pada mereka. Kerana mereka tidak suka nak selalu kena marah dengan orang-orang tertentu. Even saya juga akan marah tapi sebenarnya nak tego, kalau betul diorang buat salah. Tapi berpada-pada. Marah pada tempatnya dan bukan marah untuk memalukan orang. Tapi Alhamdulillah, even saya marah sekalipun, diorang tetap ok dengan saya. Ada benda kena serius, ada benda bleh main-main. 
Diorang dah macam adik-adik saya.
Bagi saya, lebih senang berhubung dan bekerjasama dengan mereka berbanding same level....

Oklah... Uols pasti bosan baca entry yang panjang lebar.
Yang pastinya, entry ni adalah closing / penutup bagi bulan ini.
InshaAllah....
Kalau ada pun mungkin saya akan upload picture sepanjang xtvt bulan ini. 

Ok guys.... Terima kasih kerana buangkan masa korang untuk entry ni.
Nite....
ZzzzzZZZzzzz..
Sleep tite2.... Bismikallahhumma'yawaamut....
Jangan lupa wuduk sebelum tidur walaupun dalam keadaan tidak suci.

~ xoxo ~
Fath_Niesa






Reactions:

0 comments: