09 May 2012

May In Freedom ~ Vacation to Singapore - JB #2

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Sambungan...
Tapi kali ni start dari Imegresen Malaysia la ek?

Masa mula2 sampai di imegresen Malaysia, kitaorang telah diberitahu orang team TMJ supaya hanya membawa turun passport saja. Tapi bila tiba di imegresen Singapore, semua jenis beg kena bawa turun dari kenderaan. Macam kitaorang, naik bus, so, berjalan sapa2 yang terbawa beg baju segala, pun kena bawa turun. Tak boleh ada beg di dalam bus. Bus perlu dikosongkan. Dan saya juga difahamkan, tidak semua bus senang2 untuk dibawa masuk ke negara berkenaan. Bus juga perlulah berkeadaan bersih. Jika pihak mereka tidak berpuas hati, anjing pengesan akan dibawa naik ke atas bus. Apa yang saya tahu dan difahamkan juga, negara ini terkenal dengan negara SAMAN. Di mana-mana saja anda akan diperhatikan. BEWARE!!!!

Bagi saya, better naik public transport dari kenderaan sendiri. Q bagi kenderaan jangan cakap la. Panjang ya amat. Segala proses pengecopan passport, Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Yang menjadi sedikit kelewatan masa bila melibatkan group passport. Tapi isokay. semua beres. Dalam jam 10 lebih kami delegasi selamat berada di dalam Singapore. Rupa-rupanya, hotel kami hanyalah disebelah Tambak Johor saja. Bukak saja langsir dari bilik saya, nampak Singapore dah. Dekat-dekat. Aha, untuk pengetahuan u ols juga, kita orang singgah dahulu di hotel JA Residence bagi menyimpan beg. So, kitaorang tak leh kena tunggu dengan lebih lama untuk cek bagasi segala. Kan berlaku penjimatan masa di situ. 

Singgah untuk simpan beg...
Naik lif kereta. senang muat semua orang. OTW simpan beg
Singapore juga terkenal dengan bandar yang bersih, selain saman-menyaman. Di sana, mereka menghormati orang-orang yang berjalan kaki. Siapa sahaja pejalan kaki yang ingin melintas, pasti mereka memberhentikan kenderaan. Tiada sumpah seranah pada pejalan kaki. Ada kawasan yang tidak boleh berhenti langsung, jika tidak, tidak sampai 5 minit, pasti ada yang disaman. Kawasan tersebut di namakan kawasan zig zag. Memang clear punya leh nampak. 

Destinasi pertama yang ditujui adalah ke Bugis Street. Awal-awal pagi dah shopping tau. hahaha...Apa yang menarik di sana yer? Orang? Semua nampak mata sepet jer banyak (diri pun sepet kot...hahaha). Tapi Ramai juga orang-orang Indonesia. Korang ingat kat Malaysia jer ker? Pasti la ada, sebeb sebelah saja. Kalau dok swimmingthon pun lepaih. Brapa kilo, tak dan p tanya. Kat sini macam-macam ada. Harga? Ok. Murah... Kat sini banyak jual beg, t-shirt, souvenir, dan macam-macam lagi. Apa yang saya shopping? Di sini saya hanya shopping key-chain dan fridge magnet. Pergi ke nagara mana pun, 2 benda tu saya akan utamakan dahulu. Teringat pada teman-teman di Malaysia katakan.

Alamak, lupa nak inform tukaran wang. 1SD = RM2.41 (masa saya tukar di JB). Ada rakan yang tukar di Penang 1SD = RM 2.47. So kalau nak tukar duit Singapore, p tukar kat JB (depan hotel jer pun). Dan kalau nak tukar balik kepada duit Malaysia, mai balik tukar kat Penang. 

Apa yang saya shopping? Fridge Magnet = 30SD, dan Key-chain = 10SD.

Ok la, jom layan gambar dulu. nanti borink lak kalau panjang2. BTW, gambar saya tak banyak, gambar teman2 saja.

~xoxo~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: