15 April 2012

April In Love ~ T.w.o. S.e.v.e.n

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Today my birthday.
I'm 27th years old now.
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana membenarkan hambaNya ini bernafas di bumi ini.

Thank you very-very much to all my friends.
Thanks for the wishes.
I'm appreciate it.

Thanks to my beloved family, mommy, sister, BIL and also my BFF miss Xanna for the gifts.
The big present i got it from my mommy.
Actually saya request that gift from my mommy. Ianya adalah senaskah Al-Quran beserta terjemahan.
Kenapa saya request dr mommy?
Kenapa tak beli sendiri? 
Biarlah rahsia. Jawapan hanya saya dan DIA sahaja yang tahu.
Thanks mommy.

Kalau boleh saya nak listkan semua kawan-kawan yang wish birthday kepada saya.
Tapi ramai sangat.  :)
Saya sangat bertuah kerana di kelilingi oleh kawan-kawan.

Alhamdulillah, untuk menghujung usia 26th tahun, saya bersama BFF, Atie dapat menghadiri majlis ilmu Allah. Syukur. Semoga hidayah ini tidak ditarik olehNya. Saya sentiasa berdoa semoga saya dilindungi oleh Allah s.w.t.

Doa dari kawan-kawan dapat saya simpulkan :-
  • Semoga panjang umur
  • Dimurahkan rezeki
  • Diberikan kesihatan yang baik
  • Semoga cepat bertemu jodoh....amin, amin. amin. dan amin.
Doa dari birthday girl (^____^)Y:- 

"Ya Allah, Engkau ampunilah semua dosa-dosaku, dosa ibubapaku, dosa semua ahli keluargaku dan juga dosa semua umat Nabi Muhammad. Engkau berikanlah kami hidayahMu.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati hambaMu ini untuk terus mendekatkan diriku kepadaMu, Ya Allah. Semoga aku terus diberikan hidayah oleh-Mu untuk terus mencari 'sinar' dan 'nur' Mu dalam diriku ini. Engkau panjangkanlah umurku agar aku terus dapat berbakti kepada ibubapaku. Engkau berikanlah kesihatan yang baik serta limpahilah daku rezeki yang halal. 

Ya Allah, Engkau temukanlah aku dengan bakal imamku, agar dia dapat memimpin aku ke jalan yang benar dan diredhai olehMu. Semoga bakal imam ku itu dapat menjadi walid kepada anak-anakku kelak serta membimbing kami ke jalanMu, Ya Allah. Amin. Amin. Amin 
Ya robala'lamin."

~xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: