12 April 2012

April In Love ~ Gempa Bumi

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua

Mungkin saya la orang yang paling last update blog pasal gempa bumi yang berlaku di Acheh. (ikutkan tarikh semalam, 11.4.2012).

Gempa bumi berukuran 8.7 - 8.9 skala richter dapat dirasai oleh kebanyakkan negeri di sebelah utara terutamanya. Semua amaran tsunami telah pun ditarik balik (ketika entry ini ditaip) oleh pihak berkuasa. Walaubagaimanapun, langkah berjaga-jaga masih dijalankan. Bencana alam siapa yang tahu. Hany DIA Maha Mengetahui.

"Ya Allah, Engkau selamatkanlah semua umat Nabi Muhammad s.a.w dimana jua kami berada." 

Mengingati kembali pengalaman merasai gegaran kali ini, ini merupakan yang ke 3 pernah saya alami. Semua pengalaman ini, saya alami tanpa sebarang curiga. I meant, saya rasakan seperti ada orang goyangkan saya, tanpa saya memikirkan ianya adalah gempa bumi. Tak terfikir langsung. Bila  beberapa minit kemudian, baru saya update news mengenai kejadian gempa bumi.

Dan kali ini, saya rasai ketika saya sedang tidoq. Ingatkan kakak yang saja2 goyangkan katil. Nak marah. tapi bila cari kakak disebelah saya, tiada. Tengok di atas lantai, juga tiada. Hurm, sambung baring balik sementara mahu bangun untuk solat Asar. Terasa lagi goyangan yang lagi kuat. Tengok kipas (stand fan) didepan. Goyang. Hmm (dalam hati : mungkin aku mamai g kot). Decide untuk terus bangun dari pembaringan, kakak terus tanya saya, ada tak rasa gegaran. Kenapa, tanya sya? Kawan kata ada gempa bumi. Hurm, memang sah, apa yang saya rasai.

Pada semua insan seagamaku, Itulah tanda dariNya. Jangan sesekali kita meninggalkan DIA, kerana DIA tidak pernah meninggalkan kita. Itu hanya petanda kecil. Kiamat sudah pun dekat. Ayuh, marilah kita memanjatkan doa, beramal ibadah selagi nyawa di kandung badan. Peluang yang ada, jangan sesekali kita sia-siakan. Saya juga memerlukan kalian untuk terus memperingatkan diri yang lemah ini. Kerana saya tahu, saya bukan insan yang sempurna di sisiNya. 

 Saya tinggalkan doa ini, untuk sama-sama kita beramal.
BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

 Wallahu'alam

~ xoxo ~
Fath_Niesa



Reactions:

0 comments: