30 March 2012

Mencari Damai Dihati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye everyone.

Hari ni 30.03.2012. Yupsss, esok bermulalah perjalanan saya ke destinasi yang tak perlulah saya nyatakan disini. Yang pasti, pantai menjadi pilihan saya. Kenapa? Saya sukakan ketenangan lautan yang membiru dan tenang. Alhamdulillah, semuanya persiapan (last minute) telah disiapkan. Saya notice satu perkara mengenai diri saya.

Jika dahulu (time study), seminggu sebelum keberangkatan / berlepas atau apa sahaja, pasti beg telah tersedia ditepi almari. Apa saja yang ingin dibawa, pasti saya akan masukkan dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Esok nak fly ke, nak bertolak ke mana-mana, malam sebelum tu, baru nak packing. Itu pun dah jauh malam. Hurm, itulah peralihan bila bekerja dan belajar. Apa-apa pun, komitment terhadap tugasan berada di tempat teratas.

Saya berterima kasih sangat-sangat pd big boss saya kerana 'melepaskan' saya untuk seketika walaupun beliau tahun bahawa saya tidak akan hadir pada meeting yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Even saya dah berkali remind beliau. Selalunya, jika any officers yang tidak dapat hadir, beliau akan postpone kan meeting, but this time nope...Alhamdulillah. If not, masak saya.... :) At least bg ler officer yang sorang ni bercuti sebentar, kan boss.? hehehe... Apa2 pun, dapat.. Thanks.

Lama tak bercuti. Sesekai perlu juga ketenangan fikiran, kedamaian dihati. Betul tak? Jika tahun 2011, January lagi saya dah ke Kuching, tapi kali ni, percutian saya hanya hanya bermula pada penghujung March. Dan entry ini juga merupakan entry yang terakhir bagi bulan March. Yer la, esok kan saya tak sempat nak post entry baru. Biarlah hilang sebentar. Tak payah cari di mana saya. Lain la kalau family. ofkos diorang tahu. Hopefully no call, no message. no everything. 

Dalam saya ingin mencoretkan "semua isi hatiku...~By 3 suara" saya terdetik untuk melihat statistik entry mana yang menjadi pilihan kalian. Saya telah pun mendapat jawapan. Hairan juga, kenapa masih ada yang melihat, dan membaca entry tersebut. Biarkanlah ianya menjadi  suatu kenangan tahun lepas, dan sedikit memory bagi rakan2 pada awal tahun ini. 3 bulan telah berlalu. Better baca entry yang ada bahan2 ilmiah. .. :( Itu sekadar luahan di akhir tahun. Dan saya berharap agar ianya tersimpan nun jauh di sanubari saya sebagai satu sejarah. Terima kasih pada mereka yang memahami. Andaian masing2 terpulanglah pada individu itu sendiri. Life must go on. 

Berkongsi mengenai kerjaya, saya mungkin telah menghampakan harapan bonda dan sister saya. Mereka mengharapkan agar saya memohon jawatan di sebuah badan berkanun ini, tetapi, di pengakhirannya saya tidak memohon. Sebab kenapa telah pun diberitahu dan diterang diawal pengiklanan itu tersebar di semua medium informasi. Even since saya habis 1st interview 3 years ago, saya dah pun inform pada bonda. Dan kalini juga reason yang sama diberikan. Mohon supaya mereka memahami. Alhamdulillah, yesterday is last day to submit application form. Bonda tak tanya pulak. So, understood la...

Ikutkan saya, sekarang ini, saya selesa berada di company sekarang. Gaji lumayan?? Tidak. Kalau saya masuk goment, gaji saya maunya dekat RM3k lebih. Tapi bagi saya, kedudukan gaji bukan menjadi faktor utama saya kenapa saya berlama-lama di sesebuah syarikat. Penting pada saya adalah environment bekerja. Lamanya seseorang di sesebuah syarikat, bukanlah kerana gajinya, tetapi environment (ini pendapat saya). Kalau persekitaran kurang sihat, jiwa pun tak tenteram. Sakit jiwa pun ada, Tapi bila persekitaran kita bagus, hati pun senang dalam menjalankan kerja seharian. Betul x?

Saya tak minta lebih, tapi saya diberikan lebih dari apa yang saya mahukan. Sekali lagi terima kasih. Saya tak kisah dimana kedudukan saya, Banglo? Semi-D? Teres? mahupun pangsapuri. Apa yang penting, saya boleh mengembangkan pengetahuan saya. Menimba ilmu sebanyak yang mungkin. So hari ni, saya dapat lot banglo. semi-D saya jual pada orang lain. :( Banyak memori.... :)

Sebenarnya banyak nak menaip. Tapi xpa la, setakat ini dulu bagi bulan March ini.

Ok lah. saya mengundur diri dahulu. 
C u next mth ok?

Doakan semoga perjalanan saya dan bonda dilindungi olehNya. 
Saya mohon ampun dan maaf, di atas segala kekhilafan saya sepanjang penulisan saya. 
Saya juga ingin memohon maaf, jika ada silap dan salah di mana saya pernah menguris hati dan perasaan kalian. Saya hanya manusia biasa. 
Pada para sahabat, rakan taulan, kawan2, maaf diatas segalanya. Our friendship never End. 

Wallahua'lam.

~ xoxo ~
Fath_Niesa



Reactions:

0 comments: