29 March 2012

(T______T)

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum....
Hello everyone!!!

Lamanya saya tak menulis (aik, menulis per nyer, menaip kot...)  secara personally. Hurm, janji pada diri mungkin kali saya akan STOP! mencoretkan bout something like heart2 feeling. Bosan weyyy!!! Serius. Tak tau la uols macam mana. But for me, YUPs!!! Its to bored. Bukan apa, sebab bila pergi satu2 majlis kahwin, persoalan yang bakal diterjah, "Dah kawin blom?" "Jangan lambat2 sangat." Bla..Bla...Bla. Sekarang ni, dah malas nak jawab, senyuman sahaja yang mampu diberikan kepada insan-insan yang bertanya. Maaf makcik, pakcik, i don't have the answer. DIA yang menentukan my jodoh.  

"Janganlah kamu yang sudah berkahwin mempersendakan pada mereka yang belum berkahwin .. Janganlah kamu berbangga sudah berkahwin kepada mereka yang belum berkahwin .. Kerana mereka yang belum berkahwin itu , ALLAH telah mengaturkan jodohnya yang baik-baik.. dan mereka yang belum berkahwin itu , ALLAH telah mencintainya dan bukan sebarangan orang yang boleh menyentuh hatinya..."

Ok, after this, no more soklan "cepukmas". Tapi kalau nak bagi emas, saya terima..hahaha... My family pun tak bising, kenapa uols plak nak bising2 kat saya, kan?Oh!!!, Udah-udah. Neheyyy...

Alhamdulillah, sekarang ni semua yang saya plan dalam "life" saya berjalan dengan seperti yang dirancang. "Terima Kasih Allah. Engkau menjadikan hambaMu ini lebih baik dari sebelum ini." 

Berusaha untuk menjadi muslimah terbaik disisiNya. Masih merasakan diri ini belum cukup bekalan di 'sana' dan belum cukup sempurna. Saya sangat malu pada diri sendiri. Jadi, dengan peluang yang diberikan ini, marilah kita semua berlumba-lumba untuk menyediakan bekalan masing-masing. Selain iu, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu juga bagus untuk kerohanian kita semua. Islam ini mudah, jika kita mengikut suruhan-Nya, maka, balasannya pasti pahala. Tetapi, jika kita melakukan perbuatan yang menjadi laranganNya, dosalah balasannya. 

"Ya Allah, Engkau lindungilah hambaMu ini dari sebarang anasir jahat diluar sana. Permudahkanlah segala urusan ku ini."

Setiap kita mempunyai sejarah kehidupan masing-masing. Kecewa disakiti, dan menyakiti insan lain. Bergembira, sedih, semuanya ada. 

Biar kamu salah sangka. Biar kamu salah anggap. Biar kamu salah menduga. Biar kamu tahu yang buruk. Sebelum kamu mengharap yang baik². Kalau kamu ikhlas, kamu akan sedia menerima kekurangan yang ada, ...dari hanya mengharap yang baik dan sempurna. Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila kamu TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar kamu tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan. Saya tidak memandang siapa kamu yang dahulu, tetapi saya pandang siapa kamu pada masa sekarang. 

Wallahu a'lam. 



~ xoxo ~
Fath_Niesa





Reactions:

0 comments: