01 March 2012

BFF kamu Lelaki???

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye ols.
Kamu ada BFF?

BFF yang berlainan jantina.
Saya? Ada... Sorang saja. Namanya Hadi Halim Hasan.
Saya panggil dia Triple H..=)
Opptss!!! Sorry hadi...
Ni BFF saya....Aisha. Lama wooo kami kenal dari darjah 2
Persahabatan saya dengan dia sejak dari semester 1~April 2004 sampai sekarang.
Ntah, mcm mana lebih jadi baik, pada hal kalau nak ikutkan dia classmate x rumet masa kt matriks dulu.
Saya dengan dia tak bercakap pun masa di matrik, tp bila masuk U, dah jadi best friend.
Yup, dia banyak membantu dalam study, group sekali even susun jadual kelas memang tak sama.
Rumet di campus dan member2, yang tahu persahabatan kami sampai gelarkan kita orang ni TTM ~ Teman Tapi Mesra.
Hadi dah der girlfriend ok. Since dari KMP kalau tak slh saya. Nama dia Nik Hazwani.

Bila setiap kali saya balik Penang, sure dia akan minta tolong belikan jeruk buah pala.
Hahaha, dah tau dah dia suka buah pala. Layan sorang2 jer kot.
Tapi dia ni bagus, keep my secret very well.
Rahsia?? ada ker??? hurmm...

Tak boleh blah, bila satu malam tu (actually awal pagi, around 12.am, lebih) dia msj saya, minta maaf kalau dia ada wat salah apa-apa pada saya. Hairan jugak saya dapat mesej mcm tu. Pelbagai persoalan bermain difikiran saya. Apa yang dia dah buat pada saya? Ker, dia ni ada masalah lain? Kesihatan? Ya Allah minta simpang semua tu. Semoga dia berada dalam keadaan sihat selalu. Rupa2nya, Hadi ingat akan perjanjian kitaorang untuk jumpa selepas 5 tahun. So this year la mini reunion. InshaAllah, kami akan jumpa 13/5/2012 nanti, masa wedding Hadi. In advance la skit.

Salah ker kalau ada BFF dari berlainan jantina?
Bagi saya tak salah. Kadang-kadang diorang lebih memahami dari yang sama jantina.
Dan yang penting, diorang akan simpan rahsia kemas2.
So far, itu lah Hadi yang saya kenal. Tak pernah nak khianati persahabatan dan kepercayaan saya.
Banyak membantu dalam susah dan senang kawan2.
Kalau tanya member2 lain, mereka juga akan setuju dengan sy rasanya.
Baik dengan kawan-kawan, dan baik pada ahli keluarga dia.
(wah, hadi ko femes dah dlm blog haku....hahahaha..)

So, dikesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Hadi dan Nik. Moga kekal hingga hujung nyawa.  Kita jumpa 15/3/2012 nanti. InshaAllah.  Meh saya share gmbar diorg. Ihsan dari FB en.Hadi.


Reactions:

0 comments: