22 February 2012

Untuk Kamu

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hye kamu.
Sebenar saya tak tahu nak taip apa. Tapi saya perlu menaip. Ini kerana saya rindu kan blog saya. Hurm... Disaat dan ketika ini saya berada di office (maaf bos, mencuri sedikit masa untuk 'diri sendiri' sebentar). Disaat rakan2 lain asyik membincangkan hal2 makanan, saya sedikit kurang untuk mengambil pot. Saya tetap dengan dunia saya. Yeay!!!  Kamu bagaimana? Diharap hari-hari kamu turut ceria dan best.

This week, saya tidak meluangkan masa di gym. Tapi esok, inshaAllah akan kembali ke sana. Rindu pada besi2 saya. Kenapa saya tak pergi? 2 bulan pertama bagi tahun 2012, saya selalu sampai lewat dirumah. Around 7.30pm (dari kebiasaan kalau tak wat OT, 6.30pm)

Mom tak kesah sangat, sebab dia tahu kemana saya pergi dan dimana saya berada. Memang sudah menjadi kebiasaan dan dididik sejak kecil lagi, kemana sahaja saya pergi, mom pasti akan tahu dan diberitahu. Mom lebih percayakan anak-anak dari orang sekeliling. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Teringat akan satu insiden dimana saya telah 'difitnah' oleh sedara sendiri mengatakan bahawa saya telah mengatakan or meluahkan sesuatu melalui medium alam maya iaitu FB. Astaghfirullahala'zim. Gila memang gila. Saya sendiri yang baca mesej yang dihantar terus ke handphone mom saya. Dan mana2 rakan mahupun family saya sendiri tahu saya bukanlah jenis nak menjaja cerita mengenai family dan maki hamun orang tak tentu pasal diFB. Boleh dikatakan 99% status di wall saya semuanya tiada kaitan dengan family. Kalau setakat dalam group family, memang ada. Itu pun update disebabkan terdapat aktiviti kekeluargaan. Tiada statement nak marah2 ker apa. Kerja, yes ada. Saya akui. Kawan2, yup, selalu. Sebabnya, kehidupan saya juga dikelilingi oleh rakan-rakan saya. Dan FB juga merupakan medium untuk saya berkomunikasi bersama teman2.

Saya mohon bantuan kakak dan abang ipar saya, untuk check dan baca kesemua status pada wall saya bermula dari saya meng'active'kan semula FB saya. Sebelum itu, saya telah deactivekan FB saya kerana telah 'bosan' dengannya. Sedih, memang sedih. Terasa semua darah merah saya menyirap naik ke atas. Malam itu juga saya telefon sedara saya tersebut untuk dapatkan kepastiannya. Saya tak suka main cakap-cakap belakang. Tapi sangat duka cita, apabila panggilan saya tidak dijawab. Berlaku sedikit pertelingkahan antara saya dan mom disebabkan semua ini. Saya tidak puas hati kerana saya tak tahu 'kesalahan' saya sehingga saya dikatakan sebegitu rupa. Malam tersebut juga saya kol kakak dan abang ipar saya. Dan keesokkan harinya, mereka kol saya dan menerangkan pada mom saya semuanya. Memang tiada 1 pun status di FB saya, yang menjurus hal-hal kekeluargaan. Alhamdulillah, akhirnya mom saya percaya bahawa saya tidak melakukannya. Terima kasih mom percayakan kak chik. Tidak perlu cuba mencari kesalahan orang jika diri sendiri tidak betul dan tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain. Itulah yang saya pegang. Hadapi dan lalui hari-hari dengan perasaan yang senang dan gembira. Yang penting, orang rapat iaitu keluarga percaya akan tindakan saya.

Selain keluarga, saya juga dikelilingi orang teman-teman yang sentiasa menyokong dan mengkritik saya. Saya sangat bertuah kerana adanya teman seperti mereka. Aisya, Hadi, Zana, Nurul, Acap, Rais, Hani, Zack, dan ramai lagi. Dan tak kisah la, jika sesekali saya berkorban sedikit masa saya demi mereka. Tapi mereka juga tetap di tempat ke2 selepas keluarga saya. Hah, dalam setahun ni, Alhamdulillah, pertambahan teman baru iaitu Kak Kinah dan rakannya Apiz semakin baik. Tak salah jika kita menambahkan kenalan, tak rugi. Lain orang, lain pemikiran dan pandangan. 

Saya teringat akan kata-kata teman saya, Aisya, 'hang ni dengan pakcik teksi pun menjadi..."

Kamu jangan plak ingat kata-kata teman saya itu menjurus ke arah 'kegatalan' yer. Dia maksudkan, saya ni, dengan semua orang nak tego. Even pak cik teksi. Ye la, kamu cuba bayangkan, jika kamu duduk dalam teksi 1 jam perjalanannya untuk sampai ke destinasi, takkan kamu nak senyap tanpa 1000 bahasa? Cer fikir, cer fikir.  Bagi saya, tak salah jika saya berbual2 kosong dengan mereka. Tanya pengalaman mereka sepanjang memberi khidmat pada orang ramai, isu semasa, itu, ini. Yang baik, kita ambil, dan kalau rasa tidak penting, biarkan. Janji tidak menjadi patung didalam teksi dan diam 1000 bahasa.

Percutian? Haaa, saya sangat 'elergi' dengan percutian. Pantang jika diajukan persoalan mengenainya. Ofkos saya sudah merangkanya. Kesimpulan yang boleh saya katakan mengenai percutian bagi tahun 2012 adalah percutian bersama family. Tahun lepas 2011 merupakan percutian bersama teman-teman. So this year, family pulak. Kemana? Yang pastinya, Kuching pada September ini. Jelajah Malaysia bersama Mom menaiki Pinkple masih mencari tarikh yang sesuai. A.s.a.p dan beberapa destinasi yang belum pasti tarikhnya. So, mom just kata, bersedia. =) I'm always ready mom...acehceh. Bab cuti memang tak maw kalah nyer FN??? On May, cuti khas utk BFF saya, iaitu Hadi. Dah nak kawin dah dia. Lagipun, antara kami berdua ada perjanjian sewaktu final sem di uni dahulu. Akan jumpa selepas 5 tahun. So, tahun 2012 merupakan detik reunion antara kami. Cuma hajat dia, saya tak mampu nak tunaikan, iaitu datang bersama pasangan. (Nak wat lagu mana en. Hadi oi, tak jumpa calon en.suami lagi). Kenyataan itu telahpun saya nyatakan pada dia. Nasib dia faham. So, hari bersejarah dia nanti, kami akan berjumpa selepas 5 tahun x bersua. InshaAllah Hadi.

Ok lah, nanti saya update yang lain-lain pulak k!
C u next n3.

Reactions:

0 comments: