01 February 2012

Kenangan - Part I

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Kenangan???
N3 kali ni, khas buat teman-teman saya yang pernah meninggalkan 1001 kenangan.
Sebelum ni, lagu, skrg cerita yang tak seberapa plak.
Kalian ada kenangan? Mesti la ada kan, masakan tidak ada. Kenangan bersama keluarga, dan kenangan bersama teman-teman. Saya juga bah! Kenangan manis dan pahit pasti ada. Tapi kenangan pahit itu, usahlah kita kenangani kerana ianya telah pun menjadi sejarah dan ianya akan menjadikan hari2 kita semua supaya lebih berhati-hati, lebih kuat dari biasa. Tapi yang manis, boleh saja kita ingati.

Dalam banyak-banyak kenangan saya bersama teman-teman adalah di zaman belajar dahulu. Best! Terharu bila teringat detik-detik bersama mereka. Lain orang lain kenangan. Di zaman form 4 dan form 5, kenangan menjadi student yang sedikit nakal, meninggalkan kenangan tersendiri. Dalam diam, ubi2 berisi. Tak panjat pagar sekolah semata-mata nak ke mc'd sebelah penang free school, tapi member2 lain yang panjat. Bawa baju haram (seluar jeans antara baju haram yer...). Tak pi jemaah subuh di surau, sebaliknya wat jemaah sendiri di surau blok. Outing balik lambat. Curi-curi tengok TV time prep. Celebrate besday geng, mcm buli juga ler, tapi member still ok, tak kesah, sebab diorang pun akan buat benda yang sama. 

Tapi bila kena denda, kitaorang tetap senyum melakukan denda2 tersebut. Kalau setakat nk kena bersihkan area rumah warden, dah biasa. Tapi walaupun kami semua nakal, warden (Cikgu Johari) tetap baik dengan geng saya. Ketua warden gelar geng saya dengan geng mafia. Aduih, tang mana yang mafia pun tak tau ler. Even mafia2 kitaorang pun, semua dah berjaya. Alhamdulillah. Dan yang bestnya, warden Cikgu Johari yang terkenal dengan garang2nya pun, baik dengan kitaorang. Bila buat kenduri, dia tak panggil yang lain2, sebaliknya memanggil geng mafia ni juga yang p makan. Dinner untuk student form 5 iaitu saya dan teman2, kami disemawa oleh cikgu Johari untuk naik kereta dia lagi. Hurm, so tak dak hal la. Itu story time form 4 n 5.

Kenangan sewaktu matriks pun tidak kurang bestnya. Untuk next entry, saya cerita kenangan di matikrs n kampus plak k. Berusaha mencari gambar-gambar lama.

C.U.D next n3...
Assalamualaikum....

Reactions:

0 comments: