01 February 2012

Hujan Batu

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Sedikit perkongsian berita mengenai hujan batu di Kulim semalam. Semalam memang hujan sangat lebat, mujurlah saya sempat sampai di gym sebelum hujan lebat turun. Jom baca brita skit, petikan dr bharian...


KULIM: Sebanyak 57 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu di sini, petang semalam.

Kejadian pada jam 6 petang di empat mukim itu menerbangkan 28 bumbung rumah terbabit.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim, Rohana Yusuf, berkata 35 rumah yang rosak itu ialah di Mukim Padang China, 16 di Mukim Keladi, lima di Mukim Lunas dan satu di Mukim Sungai Seluang. 

"Kawasan yang paling teruk dilanda ribut ialah Taman Mutiara, Sungai Kob di Mukim Padang China," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tinjauan di lokasi kejadian ribut mendapati banyak dahan, batang dan ranting pokok buah-buahan dan pokok hiasan bertaburan dan pokok yang tumbang dipotong dan dikumpul di tepi jalan untuk memudahkan laluan. - BERNAMA

Reactions:

0 comments: