18 January 2012

Terapi Minda

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya 
dengan  jelas  dan  menjurus  kepadanya  tanpa  menyimpang.

Sebaik-baik  hari  adalah  hari yang memberikan tambahan kesabaran 
kepada kita, yang memberikan ilmu kepada kita, yang mencegah agar 
tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman 
dan yang memberikan tekad kuat dalam diri kita.

Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada 
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). 
~Surah Al-Baqarah : Ayat 263~

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemui sahabat yang lebih 
baik  daripada  menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, 
tetapi  tidak  menemui  pakaian  yang  lebih  baik  daripada  takwa.  Aku 
merenungkan  tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan 
yang  lebih  baik  daripada  memberi  nasihat  baik.  Aku mencari segala 
bentuk rezeki, tapi tidak menemui rezeki yang lebih baik daripada sabar.
 ~Khalifah Umar Al-Khatab ~


Reactions:

0 comments: