31 January 2012

Release

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hai all.
Kalian nak tau tak? Salah satu kebaikan bersenam, atau melakukan aktiviti beriadah adalah untuk me"release"kan tension. Yes!!! Selain kepadaNya kita mengadu, alternative lain juga perlu ada bukan? Saya seorang sport-girl, so memang tak sah kalau peluh tak keluar dari badan. Segar. Sihat. Alhamdulillah. Dan sekarang ini saya dah beralih pada gym pula. Dah tak pergi stadium seperti sebelum2 ini.

Dan kenapa saya suka bersukan selain menyihatkan badan, adalah kerana mahu melepaskan, melupakan apa sahaja yang terbuku dihati.  Tak kata la, jika saya geram, serabut dengan masalah luar, lari 30minit non-stop pun saya boleh lakukan berteman ipod saya tu. Layan!!! Memang layan. Setelah penat bekerja, saya akan 'melepaskan' semuanya pada besi2 di sana. Time ni juga la, saya dapat lupakan orang yang sepatutnya saya lupai. Sedihkan??? Tapi itulah hakikatnya. Perlu menerima dengan hati terbuku. Saya perlu kuat, walaupun pada luarannya memang nampak saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Isokay, saya terima, sangat-sangat menerima.

Unpredictable person!!!
Sukar diramal!!!
hahaha...x.o.x.o

Okay la, satgi, lama-lama saya melalut plak.
Orang lain ready dah nak balik, saya juga terkontang kanting di sini.

Saya berdoa, agar hati saya ditetapkan olehNya. Terus berada dilandasan dan jalan yang betul. Tidak mudah tersimpang oleh anasir-anasir luar. Dan sedaya upaya meluangkan masa saya dengan majlis-majlis ilmu selepas ini. InshaAllah. Segala-galanya keranaMu Ya Allah. Aku mahu menyediakan bekalanku sendiri dengan dalam keredhaanMu Ya Allah..  Amin...

Reactions:

0 comments: