27 January 2012

Novel :- Selagi Ada Dia

BY Fath_n!e$@ IN No comments


SINOPSIS

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka. Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya. Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?


Pendapat saya:-

Sejujurnya saya memang peminat novel. Tanya novel apa yang saya tak baca. (mmg ada pun yg xdan nk baca, ni pun ada lagi 2 buah yang belum dibaca yang dibeli pada tahun 2008, receipt pun masih disimpan). Orang kata, pembaca novel ni, jiwang itu ini, bla...bla..bla... Jawapan saya :- ADA SAYA KESAH???? Saya suka baca novel. FULL STOP!!! Saya boleh menangis, saya boleh ketawa, saya boleh marah dan pelbagai perasaan saya. Dan sekarang ni trend drama di TV kebanyakkannya di adaptasi dari novel yang pernah saya baca. SEMUANYA. Antaranya novel, KAU DAN AKU, BICARA HATI, OMBAK RINDU, GEMERSIK KALBU, TRILOGI CINTA, dan banyak lagi.

Tempoh untuk saya menghabiskan sesebuah buku boleh hanya sehari. Itu jika betul2 saya tiada kerja dirumah dan hanya berhenti untuk solat sahaja. Makan? Kadang-kadang boleh makan buku tu saja. =) Tapi paling lama untuk saya habiskan sesebuah buku adalah 3 hari. Dan terbaru buku dalam pembacaan saya adalah novel yang saya letak untuk entry kali ini. Now saya nak share novel yang saya baca.

Pendapat saya, novel ni best. Ada sedih, ada geram, ada kecewa dan mcm2 lagi. Tapi paling menyentuh hati saya, bila tiba bab keluarga. Kasih sayang bonda terhadap anakandanya walaupun ahli keluarga lain menyalahkan Ari dan punca segala kekusutan yang berlaku. Haris? Nama saja lelaki, tapi tiada 'kejantanan'nya. Lari dari masalah, meninggalkan Ari sendirian. Di saat diperlukan kekuatan dari insan tersayang, lelaki itu terus sunyi sepi, tanpa muncul untuk membela nasib si gadis. Bagaimana mahu menjadi ketua keluarga??

Wah, bermadah sudah bah saya ni. Itu la, penangan baca novel banyak sangat. Hahaha. Berangan banyak ni.... Realiti dan fantasi memang berbeza jauhnya. Kadang-kadang, ingin saja saya mengatur kehidupan seperti dalam sebuah novel. Tapi itu hanya angan-angan. Mimpi semata...muahaha..Arghh, sudah ler FN, wake-up2x... jangan mimpi di siang hari.

Ok la, nanti saya share untuk 2 buah novel lagi k. So, sampai sini dulu entry untuk kali ni. Ketemu di lain hari.

Wassalam...

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: