18 January 2012

Khauf

BY Fath_n!e$@ IN No comments

1. Khauf bererti takut akan Allah swt, iaitu rasa gementar dan rasa gerun  akan  kekuatan  dan  kebesaran  Allah swt   serta  takutkan kemurkaanNya  dengan  mengerjakan  segala  perintahNya  dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah :40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah swt jika tidak mengenalNya.  Mengenal Allah swt  ialah  dengan  mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan  mengenal  Allah swt dan mengetahui segala perintah dan  laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut. kepada Allah swt.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang  itu  daripada  melakukan  perkara  yang  ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Semoga kita semua sentiasa rasa takut akan Allah yang satu. Meninggalkan laranganNya dan mengerjakan segala perintahNya. Dan bersama-sama lah kita berdoa agar kita sentiasa berada dilandasan yang betul. InshaAllah.

Semua entry ini adalah sebagai pengajaran dan peringatan kepada diri saya secara amnya serta khusus pada kalian yang membaca. Yang baik itu dari Allah dan yang tidak balik itu adalah dari saya sendiri. Semoga saya dilindungi oleh DIA. Amin...

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: