05 January 2012

Kesedaran Sivik

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Tetiba rasa nak post entry tajuk ni.
Kesedaran sivik.
Semua ni rentetan dari kes tengahari tadi.
Saya tau la, parking di kawasan bandar sunway sentiasa penuh.
Dan disebabkan itulah, saya buat keputusan untuk minta staff saya follow untuk settlekan urusan bank.

Saya drop dia dekat 1 bank ni, then teruskan perjalanan untuk mencari parking.
Last2 memang tak dak. 2 kali pusing, dan akhirnya dapat parking side, itu pun block kereta orang lain.
Tapi saya tak turun dari kereta, just menunggu di dalam, takut nanti owner kereta sampai, susah pulak diorang nak keluarkan kereta.

Dekat 15minit juga ler menunggu urusan bank dilakukan. Dalam pada tu, ada la 2 amoi ni, kereta lain-lain, dengan selambernyer masuk parking OKU.
HELLOOO...!!!
Awak tu CACAT ek???
Kalian memang insan 'teristimewa' yang tiada kesedaran sivik.
Cuba bayangkan kalau ahli keluarga anda ada yang OKU, then parking khas utk diorang di ambil.
Apa perasan korang ek? Marah ker? Suka ker?

Tolonglah bertimbang rasa skit pada orang-orang yang kurang upaya ni.
Kalau kemudahan pada mereka pun diragut, apa lagi yang depa ada?
Renung2kan....
Saya sangat kasihan akan kalian, kerana terlalu 'bijak' dalam hal-hal yang remeh ini.

Oklah, sampai disini dulu coloteh saya.
Jangan ingat entry ni nak melampias kemarahan, tidak..
Hanya untuk renungan kita bersama yang masih waras dimuka bumi Allah ini.
Itu saja..
Mohon atas segala kesalahan saya didalam pertuturan diatas. (tak bertutur, tapi menaip jer)


Sekian


FKZ ~ 5.1.12

Reactions:

0 comments: