30 January 2012

HIMPUNAN SEJUTA UMMAT SELAMATKAN AQIDAH

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.

Pada Sabtu 28/01/2012 lepas saya telah menghadiri 1 perhimpunan yang dinamakan sebagai PERHIMPUNAN SEJUTA UMMAT SELAMATKAN AQIDAH dimana ianya anjuran bersama NGO-NGO ISLAM seluruh Malaysia. Antaranya adalah ISMA, TERAS, PEMBINA, DPMM, PPIM, PEKIDA, MUSYID, IKRAM, PERKASA dan ramai lagi. Zaman sekarang ini, aqidah anak-anak muda mudah terpesong. Banyak kes-kes murtad telah berlaku. Ini adalah salah satu objektif HIMPUN. Bagi memberi kesedaran kepada semua ummat Islam di Malaysia ini secara khususnya, dan dunia secara amnya.

Bagus, dalam perhimpunan ini, tiada ideologi politik dalam perhimpunan ini. Itulah sebaiknya. Apa yang penting, segala matlamat dan objektif penubuhan dan penganjuran himpunan ini adalah hanya 1, iaitu untuk menyelamatkan aqidah umat Islam.

Ini merupakan himpunan yang ke-4 dimana sebelum ini, pertama kalinya diadakan di Stadium Shah Alam, Negeri Sembilan dan Perak. Di Pulau Pinang merupakan destinasi ke-4. Alhamdulillah, saya dapat menyertainya. Sungguh terharu bila sangat ramai yang menyertai himpunan ini. 3000 lebih yang menyertainya. Untuk akan datang, saya berharap agar tempat yang lebih besar disediakan terutamanya di Pulau Pinang. Penyatuan ummat Islam untuk memerangi gejala murtad telah terbukti dengan kehadiran yang sangat ramai.





Berzikir bersama-sama, berdoa bersama-sama, tanpa mengira warna kulit, semua sama sahaja di sisi Allah s.w.t. Dengan kehadiran
Dato Dr
. Hasan Ali, menyebabkan hati saya tersentuh dikala mengingati kenangan ketika menyertai summer-camp dibawah anjuran beliau suatu ketika dahulu.
Ketika itu usia saya baru 9 tahun, di mana ketika itu ianya diadakan di UUM. Alhamdulillah. Bagaimana cara beliau berzikir memuji Allah dan Rasulullah, begitu jugalah ketika di summer-camp tersebut.

Okeylah, bagi memudahkan kalian semua mengetahui dengan lebih lanjut objektif dan prinsip himpunan ini, adalah baiknya saya berkongsi dengan kalian. Untuk info ini, saya perolehi melalui website himpun.org sendiri. Kalian boleh lah lawati website diorang jika berminat untuk mengetahui para-para NGO yang terlibat juga. Hmm, ada lagu yang dicipta khas lagi oleh MUSYID Malaysia iaitu gabungan kumpulan nasyid2 di Malaysia.

OBJEKTIF

Apa yang kita mahu capai dalam Himpunan Sejuta Umat ini ?

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media. 
  • Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
  • Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik. 
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

PRINSIP HIMPUNAN

Himpunan  Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :
  • Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.
  • Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik  (Walaupun
    perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).
  • Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.
  • Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini. 
  • Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.
Jadi, marilah kita bersama-sama bangun memerangi gejala murtad dikalangan umat Islam kita semua. Jangan leka, jangan tidur. Buka mata luas-luas.

Reactions:

0 comments: