21 January 2012

Hiking @ Bukit Bendera

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Yeah, hari ni hari Sabtu. Cuti dihujung minggu. Tambahan pula public holiday sebab CNY~ Dragon year, so bertambah ramai ler yang balik ke kampung halaman. 
Program saya di hari cuti?? Ofkos la dah ada. Saya bersama teman-teman, seminggu membuat perancangan untuk 'hiking' bukit bendera. Yeay!!! Sangat xcted sebab dah lama tak hiking ke sana. Ini merupakan kali ke-3 saya mendaki. Kali ke-2 hiking,dan sekali dgn train.

Xtvt kali ni disertai oleh 5 orang, iaitu saya, Aisya,Dayah, Asyraff, dan wife Asyraff iaitu Aimi. Pendaki bermula pada jam 8.30a.m. dan sampai di puncak 4jam 30 minit kemudian. Lama bukan? Yeah,itulah kami. Bukan hanya untuk berlumba atau mengejar catatan masa terbaik.Nama pun beriadah. Sambil menyihatkan badan, sambil menikmati keindahan flora dan fauna. Yes, kitaorang brenti banyak kali. Faktor usia sama kot..hehehehe... Mencabar ler jugak. Yang paling mencabar apabila sampai di jalan tar. Kecerunan jalan sangat tinggi. Tapi bagus juga untuk pembentukan punggung..hekhek. Tekanan pada kaki, jangan cakap ler. 

Kasut sukan saya hampir tercabut tapaknya. Risau jugak. Sebab jalan baru separuh. Mula-mula memang nak surrender,nak tahan pick-up saja. Tapi kuatkan semangat jugak untuk sampai ke atas. Breakfast memang kitaorang tak ambik. Sampai saja di puncak, terus mencari gerai makan. Isi minyak. Sekali hentam 1 nasi goreng, dan rasa 4 mangkuk  laksa. Heh!!!Terbaikkkkk...

We all decided utk turun dengan train. Tetapi terpaksa ambik teksi untuk balik semula ke moongate. Kereta kitaorang parking di sana. Korang sure kata tak best, sebab tak turun kot jalan tart balik. Hahaha... Reason kitaorang decided balik turun dengan train adalah salah satunya, sian pada wife Asyraff (hehehe..alasan kan??) yang sakit perut. Dan ke-2nya adalah teringin nak naik train baru Bukit Bendera. Dah berhawa dingin derrr. Dah cun siot. Perghh memang terbaikkkk... Ntah bila lagi nak datang kan? So apa salahnya turun dengan train pulak. 

Kitaorang bergerak turun pada jam 2.40ptg. Sampai di stesen bawah 10minit seterusnya. Best, macam naik komuter saja. Sampai bawah saja, terus ambil teksi. 5 orang, RM30.00. 15minit kemudian sampai di Botanical Garden.Alhamdulillah, pendakian berjaya. Kami singgah di Surau Al-Islah untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Esa sebelum meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing. So kami semua berpisah, disurau tersebut. Best sangat.

Hopefully next year(kenapa tahun depan yer???hehehe) dapat naik lagi. InshaAllah.

Gambar saya akan upload kemudian. Penat sudah. Need rest... Sebelum saya terlupa, happy Chinese New Year..

Wassalam...

(note:- sekarang ni saya risau sebab pembentukkan otot telah berlaku pada saya. Itu ler, angkat besi segala....aduihhh, lepad ni jogging saja lah. Saya beru notis, otot badan saya dah naik. Dilema sudah. Risau. Tapi best angkat besi-besi ni.....)

Reactions:

0 comments: