06 January 2012

Rela dalam Terpaksa

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Salam sayang di pagi Jumaat.
Pagi ni, terasa terpanggil plak untuk berbincang mengenai institusi perkahwinan.
Kalau nak ikutkan, sebelum-sebelum ini saya pernah post entry mengenai gerbang perkahwinan dan juga hantaran. So kali ini, pun terasa terpanggil untuk berdiskusi mengenainya juga. Mungkin disebabkan oleh kejutan yang diterima sejak minggu lepas. Pelbagai persoalan bermain di benak saya. Tapi walau apapun, itu semua HAK mereka untuk merahsiakannya, tapi sedikit sebanyak, mereka perlu merungkaikan persoalan tersebut supaya ianya tidak mendatangkan fitnah dikemudian hari.

Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dari apa yang saya tahu, Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman. Tetapi di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.

Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal.

Saya berpendapat bahawa, kita sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa baru, at least kita kena kenal pasangan kita. Kebanyakkan di zaman ini, tiada masalah dalam proses kenal mengenali ini. Sebabnya kebanyakkannya berkawan dahulu sebelum melangkah ke fasa baru. Tapi adalah disebaliknya jika pasangan adalah pilihan keluarga. Paksa berkahwin??? Masih releven lagi ker? Rela dalam terpaksa? Jodoh.....itulah ungkapan yang selalu saya dengari.  Yer, betul jodoh, tapi takkan si dara tak boleh nak bersuara walau sedikitpun demi hari bahagia dia. Dari segi persiapan perkahwinan, hantaran, dan serba serbi, pasti kita mahukan yang terbaik dalam hidup kita. Tak pun pasti si dara mempunyai impian perkahwinan sendiri. Takkan sepenuhnya diTETAPkan oleh parents kita, sehinggakan kita tidak mengambil tahu dan terlibat dalam agenda tersebut. 

Dan peranan di pihak si dara, takkan tiada inisiatif di pihak anda untuk tau atau kenal lebih lanjut mengenai bakal suami anda? Kalian berkahwin bukan untuk sehari dua, tapi untuk selamanya. Bagaimana hubungan kalian dengan bakal mentua anda? Tidak pernahkah kalian berkunjung untuk bertanya khabar mereka? Redha? Ye, betul kita kena redha dengan jodoh pilihan keluarga kita, tapi dalam Islam, tiada paksaan dalam perkahwinan. Islam tak kejam. Walau kita redha sekalipun dengan pilihan yang telah ditetapkan, at least, u kena kenal ur future husband. Takkan tak pernah bertanya, kerja mana? sebabnya bila ditanya, si dara tidak tahu, future husband kerja apa, nama penuh pun tak tahu. Hantaran takkan tak pergi beli sesama? Tidak, semuanya parents yang belikan, kau cuma kahwin saja. Ya Allah......sampai begitu sekali.

Alhamdulillah, keluarga saya tidak sebegitu. Tidak memaksa. Pilihan juga atas pilihan sendiri. Dan Alhamdulillah, dalam kreteria pemilihan saya tentulah yang beragama kerana Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal. Dan paling penting, saya mencari suami kepada saya dan bapa kepada anak-anak saya yang mana dapat membimbing kami dunia dan akhirat. InshaAllah, semoga doa saya setiap kali solat dimakbulkan oleh-Nya. Amin....

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: