22 December 2011

Tip Pemanduan Ketika Hujan

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya curi2 masa sebelum melelapkan mata untuk berkongsi 1 tips pemanduan ketika hujan.
Saya tak sue samada korang semua pernah dengar ataupun tak rain-X ni.

Actually dia ni 1 jenama, Tapi sy senang panggil rain-X jer.
Ada sesetengah orang atau pemilik kereta tahu akan kegunaan rain-X ni.
Dan ada juga yang x tahu.

Sejujurnya, saya adalah pengguna tegar bagi rain-X ni.
Sebelum tu, sy story skit, mengenai mende alah ni.
Ianya sangat-sangat membantu dan berguna semasa memandu dalam keadaan hujan.
Ada banyak jenis. Cecair ataupun wiper tu sendiri.
Tapi yang selalu saya guna adalah cecair yang diletakkan pada cermin kereta. Info untuk wiper saya tiada, dan tiada pengalaman pun dalam menggunakannya.
Yang penting, ianya menjimatkan. Dah dekat setahun saya menggunakannya, tp masih ada lagi.
Even saya mencuci kereta sebanyak 4-5 kali, rain- tersebut still lagi memberi kesan yang bagus.

Cara menggunakannya adalah:-
  1. Pastikan tiada kotoran pada cermin tersebut.
  2. Dalam keadaan yang kering. (selalunya, saya akan sapu selepas mencuci kereta, dan cermin telahpun kering)
  3. Sapuan hendaklah menggunakan tisu.
  4. Seperti saya, saya akan tuangkan cecair tersebut pada cermin dan sapu sehingga rata seluruh cermin.
  5. Sapu sehingga kering ataupun kabus hilang.
  6. Selaluunya akan ulang 2 kali.
Kebaikan penggunaanya :-
  1. Memberi pandangan yang jelas ketika memandu ketika hujan.
  2. Air hujan, akan 'lari', atau dalam erti kata lain hilang dari cermin hadapan.
  3. Tidak perlu menggunakan wiper.
  4. Jimat
  5. Mudah
Tapi dalam keadaan yang slow, ianya kurenngggg efective. Tapi tiada masalah jika kita mahu menggunakan wiper ketika itu. Perkongsian ini adalah atas kesedaran saya kerana ada segelintir pemandu diluar sana tidak tahu akan kegunaannya. Apa tah lagi menggunakannya.

Lagi 1 cara saya apabila parking di bawah sinaran matahari yang terik, saya pasti akan mengangkat wiper saya. Kenapa? Kerana saya tidak mahu membiarkan wiper itu cepat kembang. Nanti ianya cepat kena tukar pada yang baru. Apabila panas, wiper kita akan menjadi kembang. Jadi pemanduan kurang jelas, dan sapuan air tidak habis.

Ok, setakat ini saja dahulu.
Nnti kita ketemu lagi dehhhh.
Wassalam...
Contoh Wiper pun ada

Reactions:

0 comments: