Assalamualaikum semua.
Kali ni saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya sewaktu mendapatkan rawatan reflexology pada bahagian kaki. Best dan sakit, tapi syiokkkk. erk, best tu bukan syiok ker?? Kebetulan sehari sebelum tu, saya memang menggunakan kaki 200% kerana seharian berjalan di LIMA. So, kebetulan rawatan tersebut hanya di belakang rumah kakak saya, so, ambil kesempatan la sekejap. Sakit? Tentu lah, kalau tak sakit, kita tak tau kt bahagian mana yang tak ok. 

Mungkin kali pertama mendapat rawatan ini, jadi menjerit-jerit juga ler bila bahagian yang diurut itu terasa sakit. So kita akan tau, bahagian dalaman mana yang tak berapa ok. Jom saya berkongsi info dari seorang blogger ni.


BAGAIMANA REFLEKSOLOGI BERFUNGSI?
Setiap organ tubuh kita memerlukan darah. Kenapa? Kerana darah membawa zat seperti oksigen,hormon, antibodi dan lain-lain, Tugas darah juga ialah membuang segala kekotosan. Oleh sebab itu, peredaan darah yang tidak sempurna akan meyebabkan pelbagai jenis penyakit. Disinilah peranan refleksologi. Rawatan ini membantu peredaran darah yang lancar. Semakin lancar peredaran darah semakin sihat tubuh badan kita. 


PANDUAN RINGKAS REFLEKSOLOGI

1. Seelok-eloknya rendam kaki dengan air rendaman garam bukit sekitar 20 minit sebelum sesi refleksologi.
2. Guna minyak/krim but-but ketika mengurut.
3. Gunakan jari,kayu kecil berkepala bulat,tanduk kerbau.tanduk guasa dan lain-lain.
4. Jika sesuatu point terasa sakit, itu menandakan organ tertentu tubuh badan terdapat gangguan.
5. Pesakit jantung,kencing manis dan darah tinggi perlu kerap diurut.
6. Bagi pesakit jantung, kencing manis,hati dan barah jangan ditekan terlalu kuat. Cukup sekadar 2 hingga minit bagi point-point tertentu.
7. Bagi pesakit tulang perlu ditekan kuat 5 hingga 7 minit.
8. Kurangkan ubat-ubatan moden.
9. Jika tindabalas negatif, seperti lepuh-lepuh hitam di tempat sakit tidak perlu risau.
10. Rawatan Refleksologi dilakukan ketika perut tidak kenyang dan tidak terlalau lapar. Minum 2 hingga 5 gelas air suam selepas jawatan.
11. Kawasan refleksologi dimana kelenjar-kelenjar yang lembut tidak boleh ditekan kuat. Jangan membasuh kaki dan tangan dengan air sejuk selepas rawatan.(setengah jam).
12. Perawat yang tidak sihat jangan mengurut.
13. Selepas rawatan biasanya warna air kencing akan berubah, najis berwarna kehitaman, berlendir dan berbau.
14. Biasanya suhu badan akan naik dan mengeluarkan peluh.
15. Selepas rawatan juga,banyak buang angin,sendawa,timbul gatal-gatal dikulit,urat darah akan nampak timbul tetapi badan lebih ringan dan cergas.

KEBAIKAN REFLEKSOLOGI

Kesan-kesan yang dialami oleh tiap-tiap individu berbeza dan ia memberi kesan positif kepada proses penyembuhan dengan izin Allah S.W.T.

• Buang angin dalam badan
• Membantu dan menambahkan aktiviti buang air besar dan kecil.
• Mengurangkan imsonia- sukar tidur
• Migrain.
• Kaki kebas dan lenguh
• Tekanan atau stress
• Meredakan sakit pinggang, sakit belakang dan kepenatan bekerja.
• Simptom loya/sakit kepala, selsema
• Membuang toksin
• Lebih bertenaga
• Meningkatkan kesuburan dsbnya

2 comments:

armouris said...

lagi info tentang refleksologi - Refleksologi Kaedah Perubatan Kuno

Fath_n!e$@ said...

terima kasih utk info yang bagus....