27 December 2011

Rahsia a.k.a Secret

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Rahsia???
Apakah???
Setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti mempunyai rahsia masing-masing.
Rahsia sesama manusia.
Tetapi, kita tidak sesekali boleh dan dapat merahsiakannya dari DIA.
DIA lebih mengetahui dari apa yang kita fikirkan.
Walaupun baru terdetik di dalam hati, DIA terlebih dahulu mengetahuinya.

Sekadar ingin memberi atau meluahkan pandangan peribadi mengenai kes 'merahsiakan pertunangan'.
Dari apa yang pernah dialami oleh teman-teman, saya lebih memahami situasi mereka.
Tidak perlulah untuk saya menceritakannya di sini.
Nama pun rahsia.

Cuma, bagi saya, kita sebagai 'orang luar' yang tidak tahu akan perkara sebenar, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan yang tidak baik dan menghukum mereka.
Cuba berfikir secara matang, rasional dan positif.
Contohnya : kes merahsiakan pertunangan.
Mesti ada sebab mengapa mereka itu merahsiakannya dari pihak luar.
Yang penting, ahli keluarga terdekat tahu, it's ok.



Memang kita akan kata, benda baik, buat apa nak rahsia..
Itu kita, as orang luar.
Tapi, kadang-kadang, ada sesetengah kes, kalau la perkahwinan itu tidak jadi, mestilah malu.
Pasti pihak tersebut juga akan dipersalahkan. Betul?
Janji masa kenduri kahwin nanti, ada jemputan dan hebahan.
Kira confirm jadi kahwin.
Rasanya untuk bertunang, tidak perlu untuk mengheboh-hebohkan.
Cukuplah ahli keluarga dan teman 'rapat'.

Hurm, kalau saya, mungkin suatu hari nanti diorang akan kata saya berahsia.
Tapi saya ada sebab kenapa saya berbuat demikian.
Lagipun, orang tak tanya, tak payah la menjaja cerita sendiri.
Orang tanya baru kita berikan jawapan.
Tapi jika tanya kenapa rahsia, biarlah hanya saya, keluarga dan future family sahaja yang tahu.
Senang...

Sekian.....

Reactions:

0 comments: