31 December 2011

Penutup 2011

BY Fath_n!e$@ IN 4 comments

Assalamualaikum semua.
Entry kalini merupakan entry penutup bagi tahun 2011. Dan disebabkan itulah entry saya yang terakhir bagi tahun 2011 ini panjang lebar. Sejujurnya, disaat ini, hati saya sangat sayu. Satu perasaan yang tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Halussss saja perasaan itu. Tapi apakah yang membuatkan saya berasa sebegitu, saya pun tiada jawapan. Adakah sedih untuk meninggalkan tahun 2011? Mungkinkah terfikir-fikir, apakah yang belum saya capai sepanjang 26tahun dimuka bumi Allah ini. Saya tidak pasti.

Saya tidak dapat menyatakan entry saya kali ini menjerumus kepada topik apa. Segala-galanya bergantung pada apa yang terlintas dihati dan fikiran saya. Boleh berunsurkan hati dan perasaan terhadap manusia dan juga Allah. Boleh juga berunsur politik. Mungkin informasi mengenai hal-hal yang tidak berkaitan dengan saya seperti hiburan, ekonomi, atau apa sahaja. Tapi yang saya dapat rumuskan adalah, entry kali ini "kebebasan" saya untuk menulis apa sahaja yang terbit difikiran saya. Oleh itu, terpulang pada kalian sama ada nak teruskan pembacaan ataupun just click pd icon X di sebelah kanan atas lappy kalian. Ok? Deal!
"Sekadar memandang dari jauh.." Itulah satu-satunya perkataan yang selalu ditujukan oleh geng-geng saya sewaktu di hostel form 4-5 dahulu. Saya akui, bila tiba bab ni, saya memang fail. Dan sejujurnya saya tiada pengalaman dalam bercintan-cintun ni.  Ntah!!! Bagi saya, perasaan kasih dan sayang saya terhadap kaum adam sangat susah untuk saya gambarkan. Tidak mudah untuk menyatakannya. Mahal? Mungkin juga. Prinsip saya, saya hanya akan menyatakannya bila kaum adam itu betul-betul sah menjadi suami saya. Jadi, memang susah dan tidak pernah dan akan ler untuk saya menyatakannya pada kaum adam. Tapi untuk kaum hawa, kaum saya sendiri, itu tiada masalah. Tapi yang penting, kasih sayang saya pada-Nya tiada tandingan. Itu saya minat saja yer kt orang utk kasi semangat nak p kelas.

Masa matrik, dan uni, tutup rapat2 hati ni. Sebab? no reason. Sekarang? dah buka balik. dan sejujurnya, saya fobia. Mungkin saya terlalu banyak mendengar, melihat masalah2 yang dihadapi oleh orang sekeliling saya. Fobia? Yer, fobia..biarlah rahsia mengapa dan apa yang betul2 membuatkan saya cukup fobia.

Selepas sekian lama saya tutup 'pintu' rapat, sekarang ni, ia terdetik kembali. Siapa dia? Siapa yang boleh membuatkan hati saya terdetik? Jeng! Jeng!. Tapi bila difikirkan balik cara perkenalan saya dengan "insan itu", bagi saya macam tak logik. Merupakan kes kedua dalam hidup saya tersalah phone number. Mula-mula masa matrik, itu terlalu gelojoh hantar mesej, tapi masa yang kedua ni, sebab salah hafal no phone kawan. Antara 56-2x ataupun 65-2x. Dan 1 perkara yang membuatkan saya bertambah-tambah terkejut, bila pertama kalinya masing2 buka FB untuk approved new friend, saya betul2 terkezut. Orang ni saya kenal. Recall balik memory, kat mana saya pernah jumpa, last2 baru tau. Mengucap panjang bila saya boleh kenal orang tu. Kenapa macam ni caranya. Ya Allah.......

Yer, orang itu dah buat hati saya terbuka kembali, tapi saya masih dengan perasaan fobia saya. Sejujurnya, saya sukakan dia, tapi bila fikirkan balik, saya tidak setanding dia. Kami bagaikan langit dengan bumi. Saya tiada apa-apa. Dia boleh dapat jauh lebih baik dari saya. Jadi saya mengambil langkah selamat untuk terus 'diamkan' perasaan ini. Saya pernah tanya pendapat kenalan saya, jika kenalan saya itu merupakan "insan itu" , kalau dia menolak, adakah persahabatan kami selama ini akan terputus dan diam begitu saja? Jika terima, ok, tiada masalah, tapi jika dia menolak perasaan saya itu? Adakah,  persahabatan kami akan turut terputus, ataupun still berjalan seperti biasa tanpa ada apa-apa prejudis? Risiko bukan? Saya sayangkan persahabatan yang terjalin sekarang ini. Jadi, kalau la saya tahu,jika saya berterus terang akan perasaan saya ini terhadap "insan itu", dan dia akan terus senyap sunyi, saya decide utk tidak berterus terang. Biarlah saya yang menanggungnya sendirian.

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, saya marah dengan diri saya. Problem orang saya boleh solve, tapi, bila problem sendiri, hancussss...Dan saya juga marahkan diri saya sebab, kenapa hati saya terdetik kembali? Walau sekeras mana pun penafian perasaan saya terhadap dia, perasaan tu makin kuat. Lagi saya lari jauh, lagi dia datang. "Ya Allah, ya Tuhanku, jika dialah jodohku, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah... Jika dia bukan jodohku, lenyapkanlah namanya dalam hatiku ini Ya Allah..." Saya, kalau dah sayangkan seseorang, dah tak nampak yang lain. Walaupun secara diam. Itulah kelemahan saya. Unless saya tahu 'insan itu' akan berkahwin, so, mungkin saya akan berhenti sayangkan dia. Bila hati ini berdetik pun saya tak pasti, kerana masa mula2 kenal tiada plak perasaan debar2 tu. Lately ni saja, dalam setahun ni..Ya Allah, tolonglah hambaMu ni, aku sungguh lemah dan malu disisiMu Ya Allah...

Kawan (BFF) saya memaksa saya untuk berterus terang. Saya x nak atas sebab tahap malu saya yang tinggi. Untuk mesej2, Kadang-kadang dan jarang-jarang. Kalau tiada urusan, tiada berhubung. Saya tak nak dikatakan hegeh2x, gedix, atau apa saja yang -ve, sebab saya kena jaga maruah keluarga saya terutamanya bonda saya. Bukan tak berhubung, tak bermakna saya tidak tahu perkembangan dia dan tidak mengambil berat. Tahu, tapi secara tidak langsung.  Ya Allah, saya dah jauh menyimpang bercerita tentang 'insan itu'. Tapi walau saya tolak jauh2 perasaan ini, ia akan lagi dekat dihati. Mulut kata x nak, jangan, tapi boleh ker saya tipu hati saya.

Saya nak selit skit bait2 lirik ni. Macam relate jer dgn kes saya ni...
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Apa yang saya tahu, saya bukan mencari BF, tetapi saya mencari suami kepada saya dan bapa kepada anak-anak saya yang mana dapat membimbing kami dunia dan akhirat.Menerima baik dan kekurangan diri  saya serta dapat menerima family saya seadanya. InshaAllah, semoga doa saya setiap kali solat dimakbulkan oleh-Nya. Amin....
Semoga tahun 2012 saya tidak akan merasa 'sakit' ini lagi. InshaAllah. Jika takdir telah menetapkan dia bukan jodoh saya, saya akan berdoa yang terbaik buat dia. Semoga dia cepat-cepat ketemu akan seseorang yang dia impikan, Amin...

Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

4 comments:

Hafiz Blog's said...

tak pe..sy akan bantu fath niesa..=) nanti saya akan maklumkan isi hati fath niesa ni kepada beliau yea..

Fath_n!e$@ said...

hahaha..terima kasih atas usaha kamu... macam kamu tau jer sapa 'orang tu'..musykil2...pd siapa la yg kamu nak maklum kan tu yer...hurmmm

**PriNciPLe_AmZy** said...

Touching ... aku speechless =|

Fath_n!e$@ said...

xmow la touching2 babe..cool jer bila bc tu...tp TQVM sbb hg telah meletakkan diri hg dlm 'ini' cerita..mcm baca novel jer kan..merasai 'kesakitan' aku..kwang2x..