29 December 2011

Pemikiran Seseorang

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum semua.
Tinggal 2 hari saja lagi kita akan menjenggah ke tahun 2012, walaupun sebenarnya umat Islam terlebih dahulu memasuki tahun baru 1433H.

Kenapa tajuk n3 saya kali ni mengenai pemikiran seseorang?
Kita tak tahu cara orang lain berfikir terhadap kita. Dalam erti kata lain, tanggapan mereka terhadap kita apabila kita mengatakan kebenaran. Begitu juga saya, saya tak tahu apa yang kalian fikir terhadap penulisan saya di dalam alam maya ini. Ini kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeda. Betul x?

Contoh dalam kes saya...
Keluar malam. Sebabnya ada member saya semasa di uni dulu yang berkata saya ni masih berfikiran kolot.  Keluar malam pun tak boleh. Mom saya kongkong la, itu ini. So what??? Dari kecil lagi saya telah diajar oleh parents saya untuk tidak keluar malam. Tapi kalau dengan ahli keluarga ok saja...=) Tapi semenjak saya tinggal di asrama (form 4), pelepasan kepada saya untuk keluar malam sedikit longgar. Paling lewat untuk sampai di rumah pukul 9.00 malam. Sehingga sekarang ini, saya masih pegang pada disiplin tersebut. Dan kemana jua saya pergi, pasti bonda saya mengetahuinya Orang lain untuk akan menganggap hidup saya seperti terkongkong. Tapi bagi saya tidak. Saya merasakan cukup bebas dengan disiplin yang telah diterapkan sejak saya kecil lagi. Dan yang penting keselamatan saya.Cuma, semenjak saya bekerja, selalu jugak saya balik lewat. Kadang2 pukul 10 lebih baru sampai rumah. Dok kt ofis pulak sorang-sorang. 

Ada juga, yang kata saya ni anak mak. Yes! Betul, saya memang anak emak saya. Kenapa? Pada masa inilah saya mengambi peluang untuk selalu bersama bonda saya ke mana dia pergi. Shopping sama-sama. Holiday sama-sama. Makan sama-sama dan adakalanya tidur pun sama-sama. Kenapa? Sebabnya, jika saya dah berkahwin nanti, peluang untuk saya bermanja dengan bonda saya dah kurang. Semua tumpuan saya i akan beralih pada future husband saya. Tapi saya berdoa dan berharap sangat, future husband saya turut sayang bonda saya seperti bonda dia sendiri. Amin...Itu doa saya.(macam dah der calon joooo)

Orang luar kebanyakkannya akan kata saya di kongkong. Tapi bagi saya, kehidupan saya tidak pernah terkongkong. Saya sukakan tumpuan yang diberikan oleh parents terhadap saya. At least saya rasa selamat. Yang penting keselamatan saya. Pada yang saya lakukan sekarang ini sama ada dosa pahala, diorang yang tanggung. Unless saya dh berkahwin. 

Rugi ker if tak lepak lama-lama diluar? Untuk pengetahuan uols, sejujurnya, saya lebih suka lepak dirumah. Weekend, yezzer. Pasti dirumah. Malas untuk keluar jika tiada hal2 penting. Cuma bila sampai bulan-bulan sibuk saya, kawan kawin, account closing, pasti tiada masa dirumah. 

Tak kesah lah orang nak kata apa. Janji saya happy. Apa yang parents saya terapkan dalam diri saya, disiplin. Disiplin pada diri sendiri. Itu satu kepuasan. Dan yang pasti tak menyusahkan orang lain...
Siapa saya sekarang ini, semuanya adalah berkat didikan dan doa parents saya.
Alhamdulillah.
Walaupun kadang-kadang kehidupan kita pasti ada pasang surutnya, tapi semua itu tidak sesekali menganggu gugat tumpuan terhadap apa yang kita impikan.
Terima kasih mom.
Kakcik sayang sangta sangat pada mom.
Mom la inspirasi kakcik dan kak ngah untuk terus lebih kuat menempuh kehidupan dikemudian hari.
Mom, we love you soooo muccccchhhhhhh

Sekian....

Reactions:

0 comments: