04 December 2011

Kematian

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.
Kenapa n3 kali ni berkaitan dengan kematian?

Kita sebagai umat-Nya, senantiasa kena mengingati mati.
Jangan sesekali alpa dengan hal-hal duniawi.
Kita kena sedar akan dari mana asal-usul kita.
Semua akan mati. Bila? Bagaimana? Di mana? Itu saja yang kita tak tahu.
Hanya DIA yang mengetahui akan hari tersebut.

Semalam, pada jam 2.30 pagi, Tok Ndak Pah a.k.a Che Pah, iaitu satu-satunya waris yakni adik ipar arwah tok saya telah kembali kerahmatullah. Dari-Nya kita datang dan kepada-nya jualah kita kembali. Al-Fatihah. Semoga arwah tok ndak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. dan mulia di sisi-Nya. Amin
Menyingkap kembali kenangan atau moment bersama, bila setiap kali raya ke-3, arwah tok ndak pasti akan menunggu dan menyambut kedatangan  kami semua iaitu anak2 arwah Hj Ahmad dan Hjh Nuriah. Pasti jika anak-anakandanya mengajak untuk ke mana-mana pada hari raya ke-3, tok ndak tidak mahu ikut. Semuanya kerana kami. Tapi itu semua tinggal kenangan. raya tahun 2011 merupakan jaya kali terakhir buat kami semua bersama tok ndak. Tiada lagi tok ndak di dunia ini. Yang tinggal hanyalah kenangan. Tapi saya amat-amat berharap agar hubungan silaturrahim bersama anak-anak dan cucunda arwah kekal seperti sebelum ini, walaupun tok ndak sudah tiada di dunia ini. InshaAllah.

Beberapa hari sebelum hayat terakhir beliau, beliau telah terlantar di Hospital Kepala Batas selama 4 hari. Sebab kemasukkan beliau ke HKB adalah disebabkan jangkitan kuman pada air kencing arwah. Tiada sakit yang berbahaya. Saya berkesempatan melawat arwah pada hari khamis. Hari jumaat saya balik dari office dah lewat sangat. Cuma bonda dan adik saya yang pergi melawat lagi. Suasana di hospital memang penuh dengan sedara mara. Masa hari khamis tersebut, seperti biasa, sebelum balik rumah sebab tempoh lawatan telah tamat, saya pergi cium dan sayang tok ndak, untuk memberitahu bahawa saya sudah mahu pulang. Walaupun mata arwah still pejam, tetapi arwah tahu ramai yang datang melawat dia. Arwah tanya siapa? Lantas saya menjawab dan memberitahunya, saya anak siapa dan cucu siapa. Tok Ndak wangi saja semasa saya sayang dan kucup dahi dan pipi dia. Tak sangka, itulah kali terakhir saya bercakap dengan tok ndak. Tok ndak sangat suka bahulu bakar dengan arang yang bonda saya bawa setiap kali ziarah dan raya. Cicah dengan air masak juga sudah cukup memadai bagi arwah. Dan bonda juga pasti akan cari bahulu yang betul2 bakar dengan arang. Sebab rasanya lain dan harga sedikit berbeza.

Semalam, sebelum muka arwah ditutupi dengan kapas dan dikafankan, muka arwah sungguh putih berseri, bercahaya seperti ada nur. Dan semalam jualah kali terakhir saya kucup pipi dan dahi tok ndak. 
Tok ndak, semoga tok ndak aman di sana.....Amin
Al-Fatihah....
Dibawah ini, saya ingin berkongsi dengan kalian saat-saat kematian mahupun tanda-tanda kematian.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Ikhlas Dari :- Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: