16 December 2011

Jodoh :- Cepat atau Lambat

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum semua umat Islam.
Salam Sejahtera bagi bukan beragama Islam.
Hari ni hari Jumaat, penghulu bagi segala hari.
Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelum ini.
Serta memberi lebih keberkatan dalam kehidupan seharian kita semua.
Boleh pulak tadi tengah-tengah drive, topik yang bakal saya share menjengah sebentar di fikiran saya.
Mungkin terlalu banyak sangat soalan cepumas yang diterima bila musim kahwin menjelma.
3 perkara yang saya pegang dalam bab jodoh ini.
 
Redha dengan qada' qadar
- Masihkah kalian ingat akan rukun iman yang ke-6? Qada qadar merupakan rukun iman yang ke-6. Ramai yang lupa akan rukun dan hakikat ini. Kalau kita betul-betul beriman kepada-Nya, kenapa kita masih mempersoalkan kehendak takdir? Takdir dari Allah. Setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing, cuma cepat ataupun lambat sahaja. Bagi orang diluar sana, jangan terlalu cepat menghukum gadis-gadis yang lambat jodohnya termasuk saya. Dan bagi gadis-gadis termasuk saya, jangan bersedih atas apa yang berlaku. Terima ketentuan Ilahi buat kita semua.
 
Perbandingan dengan orang lain.
- Ingat, janganlah kita sesekali membuat perbandingan jodoh kita dengan orang lain. Sebabnya, setiap orang mempunyai nasib yang tak sama. JODOH ITU RAHSIA. Lain orang, lain jodohnya. Jika tak ketemu jodoh di dunia ini, mungkin ada yang menanti di syurga sana. Yang pastinya, jangan sesekali kita cemburu akan mereka yang telah menemui jodoh awal kerana menemui jodoh awal tidak semestinya bertuah, dan jika bertemu jodoh lewat ataupun tidak sekalipun, bukanlah tidak bertuah.
 
Bersyukur.
- Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Nikmat yang kita sendiri tidak perasan di mana nikmat apabila kita dapat berkhidmat kepada parents kita. So, berfikir secara positif. Jika kita dah berkahwin awal, tanggungjawab semakin banyak. Dan ruang, waktu untuk kita bersama parents kita akan lebih terhad. So bersyukurlah.
 
Oleh itu kawan-kawanku sekalian, ini adalah peringatan untuk kalian dan diri saya juga. Ingatlah Allah itu Maha Adil. Pasti ada sesuatu yang tersirat yang mata kita tidak akan mampu nampak dalam percaturan-Nya. Yang orang lain nampak hanya yang buruknya. Yang baik??? Jadi, jodoh cepat atau lambat, semua telah ditentukan oleh-Nya. Janganlah kita pernah sesekali untuk menyesali kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hamba-Nya.

Sekian.....

Reactions:

0 comments: