19 December 2011

Checklist Diri

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments


Assalamualaikum semua.
Hari ni, saya nak wat checklist untuk diri saya sendiri.
Apa yang dah tercapai dan belum tercapai sepanjang tahun 2011 memandangkan tinggal hanya 11 hari saja lagi.
Ianya akan terbahagi mengikut kategori masing2.
  1. Kerjaya
    • Alhamdulillah, saya masing lagi bertahan di company yang sama. 12/4/2012 akan masuk tahun ke-3 saya berkhidmat di sini. Buat sementara waktu ni, memang tiada perancangan untuk menjadi "job seeker" kembali.
    • Happy dengan environment di sini. Bagi saya tangga gaji bukan menjadi keutamaan saya sejak saya bergelar pekerja. Ini kerana, kalau gaji ribu riban sekali pun, tapi jiwa tak syok untuk bekerja, tak menjadi juga. Kita akan menjadi tidak ikhlas bila bekerja. Betul x? Kenapa saya tak memilih untuk bergelar penjawat awam?
    • Hurm, mungkin saya sukakan tekanan. Bekerja dalam keadaan yang semuanya mengejar dateline. Tapi saya tidak mengatakan bahawa penjawat awam kerjanya lebih relex sj, tiada tekanan. Lain sektor, lain caranya, kan.
    • Jika ada kesempatan dan pengalaman yang dah banyak, saya ingin masuk LHDN ataupun KWSP/PERKESO. Tapi bukan sekarang. Itu hanya perancangan untuk saya lebih meluaskan kerjaya saya.
    • InshaAllah. Ataupun kembali kepada auditing di mana membuka firm sendiri, JV dgn my cousin. Siapa tahu.
  2. Kesihatan
    • Sejujurnya, tahap kesihatan saya sepanjang tahun 2011 boleh dikatakan kurang memberangsangkan.
    • March - April 2011, telah diserangkan demam, selesema dan batuk hampir 2 bulan. Telah kehilangan suara hampir 3 minggu. Tiada istilah MC dalam hidup saya.
    • May - Jun 2011, dtelah diserangkan sakit gigi yang teramat sangat. Rupa-rupanya gigi bongsu mau naik daaa. So, disebabkan pertumbuhan gigi bongsu yang abnormal, saya disarankan untuk membuat minor surgery terhadap gigi dan gusi. So untuk pertama kalinya dalam hidup saya, wat minor surgery, dan ada masalah gigi. Gigi saya tidak pernah berpalam dan inilah pertama kali saya ada masalah gigi yang teramat sakit. xpa, gugur sudah dosa2 kecik saya. Tapi walaupun tiada istilah MC dalam hidup saya, kali ni, saya terpaksa mengambil MC. dapat MC 4 hari dari pihak hospital. Sakit-sakit pun still melompat. Segala-galanya komitmen pada kerja.
    • July - August 2011, penyakit 3 serangkai iaitu deman, batuk dan selesema kembali menyerang. Mungkin akibat jangkitan pada jahitan. Deman sekejap baik, sekejap datang balik. Tidak sampai seminggu demam baik, datang balik. Batuk tidak payah kata. Agak sukar untuk saya menyempurnakan solat terawih saya. hampir 5 klinik saya terjah. Semua ubat moden tak berkesan pada saya. Dugaan ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu DIA sayangkan saya, jadi saya menjadi pilihan-Nya untuk diuji. So, raya bagi tahun 2011, tiada persediaan yang sempurna.
    • Alhamdulillah, minggu terakhir umat Islam berpuasa, saya mencuba satu kaedah traditional, iaitu makan bersama nasi air perahan limau bersama kicap. 3 kali saya cuba, batuk pun kurang. Alhamdulillah.
    • Sekarang dah bebas dari penyakit 3 serangkai.
  3. Harta
    • Setakat ni harta sendiri tak berapa nak banyak. Ada benda yang tak dapat lagi. Tapi itu target untuk umur sebelum 30tahun. Saya hanya mampu merancang, segala-galanya bergantung pada kewangan, cukup dapat, tak cukup, kita hold dulu. Benda apa kah itu? Ofkos la rumah.
    • So far, baru ada kereta sendiri. Tak perlu besar-besar ataupun branded2. Bagi saya, kalau kereta itu boleh jalan, boleh berteduh dari panas dan hujan, itu sudah memadai. Memang ada kereta impian, tapi orang kata ukur baju di badan sendiri. Saya rasakan kalau bayar installment mahal2, padahal perbezaan antara installment kereta local dgn berjenama, saya dah boleh ada saving yang banyak.
    • Selain tu, tahun 2011 telah menyebabkan impian saya untuk memiliki D3100 ~Nikon tercapai.
  4. Melancong
    • Tahun 2011, merupakan tahun di mana, cukup untuk saya katakan, complete 1 Malaysia saya sudah pergi. Sarawak dan Sabah, dalam tahun yang sama saya kunjungi. Sarawak awal tahun, hujung bulan January. Booking ticket dari bulan 9 2010. Dan tak lama selepas itu, bulan Feb' 2011, saya booking untuk ke Sabah pada hujung bulan September 2011.
    • Sepanjang umur saya, saya baru melancong selain dalam Malaysia, Sabah n Sarawak, saya ke Bandung & Jakarta Indonesia, serta Vietnam - Ho Chin Minh.
    • Next year, saya akan berkunjung sekali lagi ke Kuching & Miri, Sarawak. Tiket siap di booking.
    • Moga-moga rezeki lebih, ingin berkunjung ke luar negara pulak, dah fenat kot2 dalam. Sebelum passport due-date kannn... 2013 inshaAllah ke Korea bersama teman-teman. Moga-moga dipermudahkan.Amin.
  5. Saving
    • Tengah struggle untuk memenuhkan account-account saving saya.
    • Untuk kahwin, kot-kot tetiba orang ajak kawin pulak, at least dah der duit kan. (kehkeh, mcm dah der calon sajo eden ni..berangan2)
    • Untuk extraordinary case, kot-kot ter'accident' ker hape ker, at least dah der duit. Tapi minta simpang la semua ni. takut saya.
    • Untuk rumah , itu semestinya.....
  6. Membahagiakan parents
    • Alhamdulillah, setakat ni, walaupun gaji saya tak sebesar gaji orang-orang lain, saya dah boleh membantu parents saya.
    • Semua bil-bil utilities (electricity, air, telefon) saya yang bayar. Astro dan streamyx tentu2 nama saya.
    • Dengan saving yang ada juga, saya berkongsi sesama adik beradik yang lain renovate rumah. Alhamdulillah. Dapur dan wiring siap dibuat. Bukan untuk kenduri tau, tapi untuk berbakti pada bonda saya. Ramai yang ingat rumah saya nak kenduri kendara lagi. Blom lagi la...tp doa2 la (sempat lagi tu..)
    • Saya berniat untuk bonus tahun depan, kalau ada yer, nak bawa bonda ronda kuching. Semua perbelanjaan ditanggung saya. Amin...
  7. Jodoh
    • Belum berjumpa sesiapa, itu sahaja yang mampu saya katakan.
    • Bukan memilih, tapi seperti yang saya pernah katakan pada entry yang lalu. Cuba baca sini.
    • Jodoh, ajal maut semua ni kerja DIA.
    • Setiap orang mempunyai jodoh mereka masing-masing. Cuma cepat ataupun lambat sahaja. Termasuk saya.
    • Oleh itu, saya berdoa dan terus berdoa yang terbaik untuk diri saya.
    • Target ? Biarlah rahsia...
Haaa..sekian dahulu yer n3 kali ni.
Kalau saya rasa ada tambahan, saya akan wat n3 baru.
Wassalam.

Reactions:

2 comments:

Cik Bambam said...

marilah mencapai azam masing2 eh.. ehhehe.. kita gi korea insyaAllah april'12 nnt.. :P

Fath_n!e$@ said...

wahhh!! syok nyer CB......best2...nanti leh kongsi per yg der kt sana k